Assalamualaikum w.b.t
Sebenarnya niat hati untuk nak menulis blog setiap hari sentiasa ada. Ada jer benda yang nak dikongsikan. Tapi kemalasan masih berjaya menguasai diri. Allahuakbar. Sangat lemah kan?
Semoga segala sifat-sifat malas ini akan berjaya diatasi sedikit demi sedikit dari semasa ke semasa. InsyaALLAH.
Ok. Meh berkenalan sikit. Nak? Kalau yang taknak tue. Terpulanglah. Hihi. Ni coretan kepada yang sudi nak membaca dan mengenali hamba ALLAH S.W.T yang sangat lemah dan selalu lalai. Allahuakbar. Semoga segalanya dapat diatasi. InsyaALLAH. Jom kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Lebih dekat dengan Sang Pencipta (ALLAH S.W.T) dan menurut sunnah Nabi Muhammad S. W.T.
NAMA : RASHIDAH HJ CHE YOB
LAHIR : 31 OGOS 1987
STATUS : BERKAHWIN & UMMI
PEKERJAAN : - (baru habis belajar)
MINAT : MEMASAK, MENJAHIT DLL.
Itu serba sedikit secara ringkas mengenai diri aku. Aku sebenarnya seorang pelajar Sarjana Kejuruteraan Elektrik yang baru berjaya menamatkan pengajian selama 2 tahun 4 bulan (selesai sehingga hantar borang untuk konvo). So, sekarang aku menjadi surirumah sepenuh masa sementara mencari kerja dan menunggu untuk konvo pada bulan 5 nanti. InsyaALLAH. Mohon jasa baik semua untuk mendoakan segala urusan kehidupan aku di dunia & akhirat akan sentiasa dipermudahkan olehNYA dan sentiasa berada di bawah naungan RAHMAT & KEBERKATAN. InsyaALLAH.
Aku dah pernah ada blog sebelum nie. Tapi aku decide untuk adakan satu blog baru, yang akan aku kongsikan mengenai kehidupan aku yang sebenarnya. Blog sebelum nie banyak menceritakan perkara-perkara yang agak melalut. Huhu. InsyaALLAH. Di blog ini aku akan berkongsi kisah untuk aku bertukar status kepada seorang isteri & ummi. Pada masa yang sama, aku akan menceritakan kehidupan aku sebagai seorang pelajar Sarjana & berkongsi resepi-resepi masakan yang aku pernah buat. Tak lupa juga pengalaman aku sebagai seorang ummi. =)
Harap apa yang aku kongsikan & ceritakan dapat memberikan manfaat kepada yang sudi membaca samada secara langsung mahupun tidak. Hihihi.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment