Selamat memasuki tahun 2020..
Lama dah tak ter'update' blog ni.
Oklah, ni sedikit perkongsian setelah beberapa orang bertanya pendapat mengenai perjalanan sis sebagai pelajar sarjana.
Sis rangkulkan kedua-dua perjalanan sis semasa MASTER dan PHD.
Ini sekadar pandangan dan pendapat sis berdasarkan soalan-soalan yang diajukan kepada sis ye.. Terpulang samada korang sependapat atau sebaliknya.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Susah ke bila sambung belajar di peringkat sebegini?
Bagi sis, soalan ni terlampau subjektif. Sebabnya ia bergantung atas rezeki masing-masing. Nak kata susah tu, tak lah susah sangat. Nak kata senang jugak tu, takda senang sangat. Sebabnya, pelbagai faktor yang mempengaruhi.
Antara faktor-faktor tu adalah, supervisor (SV), politik universiti/sistem universiti, kewangan/tajaan, orang-orang sekeliling.
Ok, meh sis huraikan faktor-faktor tersebut.
SUPERVISOR (SV): Ini adalah salah satu faktor terbesar. Sebabnya, segala urusan kajian kita akan bersangkut paut dengan SV. Kalau SV sokong kajian kita, so smooth je lah. Kalau ada perbezaan pandangan & pendapat, ianya akan ambil sedikit masa untuk dapatkan kata sepakat. Hihi.
POLITIK UNIVERSITI/SISTEM UNIVERSITI: Apa kaitan pulak? Yelah, dah kita masuk dalam sistem universiti tersebut, makanya kita akan terikat dengan segala kerenah universiti tersebut laa. Hihi. Environment universiti tersebut. Korang faham kan apa yang sis cuba sampaikan? Ke masih tak faham? Huhu..
KEWANGAN/TAJAAN: Selalunya kalau ditaja, kita ada tempoh masa untuk selesaikan pengajian kita. Sebagai contoh, di peringkat MASTER tajaan selama 1 1/2 tahun. Di peringkat PhD pulak, tajaan selama 3 tahun. So, andai lebih dari masa yang diberikan tu, pandai2 lah kita nak hidup untuk teruskan pengajian sehingga tamat. Huhu.
ORANG SEKELILING/LAIN-LAIN: Ni mulut-mulut makcik pakcik bawang yang sukar nak di elakkan. Apa yang boleh kita buat, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Hahaha. Kalau tidak, kita yang makan hati. Adududduudu..
-------------------------------------------------------------------------------------------
Berapa lama masa yang diambil?
Untuk tempoh MASTER, selalunya kalau RESEARCH 2 TAHUN.
PhD pulak selalunya 3-4 TAHUN.
Nie tempoh untuk hantar at least 8 copy tesis sebelum VIVA VOCE. Kalau nak complete sampai senat tu, korang add on la paling kurang 1 tahun ke 2 tahun lagi. Huhu.
Tapi, terpulang atas rezeki memasing, sebab sepanjang berjihad di jalan ilmu ALLAH SWT ni, terlalu banyak cabaran dan ujian di luar jangkaan. Malahan kekadang terasa macam, tak masuk akal langsung. Huhu. InsyaALLAH, Redha.. Ada Hikmah yang ALLAH SWT cuba sampai dan berikan.
THINK POSITIVE. SMILE.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Macam mana nak mula?
Korang boleh survey2 bidang yang korang nak sambung, universiti serta potential SV korang. Boleh contact by email/fon. Maklumat potential SV korang, boleh dapatkan dekat website universiti. Takpun, korang boleh risik2 kawan-kawan korang yang tengah study jugak tu. Hihi.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Apa saranan dan nasihat sis?
INI SEMUA REZEKI DARIPA ALLAH SWT.
Kadangkala, kita rasa perancangan kita dah terbaik. Tapi rupanya ada perancangan yang lebih baik daripada ALLAH SWT buat kita.
Bagi yang berhasrat untuk sambung, boleh survey2, kumpulkan semangat, bulatkan tekad. Minta petunjuk daripada ALLAH SWT agar yang terbaik buat kita.
InsyaALLAH.