Thursday, 19 September 2019

PhD... Part III


Ada ke yang masih nak tahu kisah perjalanan suka duka PhD aku?

Aku mencoretkan disini agar ianya menjadi satu ingatan yang mana tak kan sama dihadapi oleh sesiapa pun. Setiap orang pasti ada cabaran & dugaannya tersendiri.

OK.. Jom aku sambungkan lagi kisah perjalanan PhD aku.

Setelah berjumpa TIMB. DEKAN AKADEMIK a.k.a co-SV aku. Dia mencadangkan supaya aku menukar tajuk lain untuk mengelakkan konflik di masa akan datang. So, aku pun akur jer walaupun SV aku suruh aku mempertahankan. Huhuhu.

So, daripada aku buat pasal sayuran-sayuran, Aku terpaksa tukar tajuk ke buah-buahan. Uhukk.. Ni perumpamaan jer lah. Kang hampa semua dok pelik pulak. Buat research pasai apa ni. Huhuhu...

Aku terpaksalah mula semula semuanya. Huhu. Masa nie, aku cuba positifkan diri. Ada hikmah yang ALLAH S.W.T berikan. InsyaALLAH.

So, aku pun startlah everythingg... everythinggg.. everythinggg.. Ehhh.. Ternanyi lah pulak. Hahahaa...


Aku pun tulislah conference paper & submit. Alhamdulillah, ACCEPTED. Tapi, masih ada hal yang menyedihkan. Huhu. SV aku cadangkan agar aku WITHDRAW paper tersebut setelah usaha untuk mendapatkan dana utk ke conference TIDAK BERJAYA. Huhuhu..

Hancur luluhh ehhh rasanya...

Baru nak build up semula semangat. Tapi, sekali lagi dipatahkan. Terpaksalah pujuk diri sendiri.. Huhuhu..


Bermula daripada itu, aku malas nak writing journal/conference paper. Huhu. Dan ada sebab2 lain yang buatkan aku bertambah malas nak fikir pasai paper ni. Walaupun hakikatnya, paper nie penting sebab aku research student. Huhuhu..


To be continue... Insya ALLAH..




No comments:

Berbagai Hal Telah Berlaku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dah lama rasanya saya tak update blog ni. Dalam masa tersebut, pelbagai hal telah berlaku. Dengan pandem...