Bismillahirrahmanirrahim...
RABIA'TUL A'DAWIYYAH
Suatu nama yang amat besar ertinya disisi ALLAH. Ianya adalah WALI ALLAH. Allahuakbar. Semoga anakku menjadi sehebat namanya. InsyaALLAH.
Alhamdulillah YA ALLAH di atas kurniaan dan pinjaman engkau buat diriku dan suamiku.
Tanggal 25 OGOS 2014 tepat jam 7.25 PM, lahirlah dirimu ke dunia untuk melihat wajah ummi dan walid. Untuk menjadi penawar dan pengerat kasih sayang ummi & walid.
Berat semasa dilahirkan adalah 3.1 kg.
Lahir di INS SPECIALIST CENTRE, ALOR SETAR, KEDAH.
Walid bersama dua orang nurse dan doktor menjadi saksi kelahiran A'dawiyyah.
Alhamdulillah, A'dawiyyah banyak memudahkan ummi disepanjang mengandungkan serta melahirkan. Nama RABIA'TUL A'DAWIYYAH adalah pilihan walid. Sebelum ni, ummi & walid sibuklah mencari apa nama yang sesuai nak letak. Sibuk dok mencari tapi takde satu pun yang rasa sangat menarik minat. Aikshhh..
Pada suatu hari, bila walid balik dari lenggong ke perlis. Walid cakap sambil dok drive kereta dia sibuk memikir nak letak nama apalah. Tup. tup. terlintas nama RABIA'TUL A'DAWIYYAH. Saat terlintasnya nama tu, walid cakap air mata dia mengalir. Sangat tersentuh. Walid sendiri tak tahu kenapa. Bila sampai jer di rumah (PERLIS), walid bagitahu dekat ummi. Ummi diam jer. Dalam hati adalah jugak bersuara kecil (dah ramailah member-member ummi nama tu). Mmmm.
Dan bila lahirnya A'dawiyyah, walid cakap dia ada solat hajat kalau A'dawiyyah lahir pada 25 OGOS 2014 (Ahad) sebelum walid balik semula ke lenggong, walid nak letak nama RABIA'TUL A'DAWIYYAH. So, ummi pun tak membantah. Sebab walid berurusan dengan ALLAH S.W.T. Ummi cuma hamba ALLAH S.W.T yang lemah. InsyaALLAH, ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya perancangan ALLAH S.W.T itu sangat hebat.
Pesanan ummi buat anak kesayangan ummi:
*sentiasalah doakan ummi dan walid
*menjadi anak yang solehah yang patuh pada perintah ALLAH S.W.T dan RASULLLAH S.A.W
*sentiasa menyenangkan semua orang
*berjaya dunia dan akhirat

No comments:
Post a Comment