Saturday, 23 August 2014

KERJA : Interview

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah. Akhirnya aku dipanggil interview. Interview kat mana? Kat UNIMAP. =)
Ssesungguhnya ALLAH S.W.T sentiasa mendengar permintaan hambaNya. Alhamdulillah. Syukur.



Dengan dipanggilnya interview. Harapan seluruh ahli keluargaku dah semakin besar dan tinggi. Semua mengharapkan aku dapat jawatan sebagai PENSYARAH di UNIMAP. Ya ALLAH, aku insan yang lemah. Tiada daya aku tanpa pertolongan Engkau YA ALLAH... untuk memudahkan sesuatu yang sukar. Aku mohon agar aku dapat jawatan tersebut.. Engkau permudahkanlah bagiku sebagaimana mudahnya tanggapan ahli keluargaku dan orang sekelilingku YA ALLAH.

Pada mulanya, aku dimaklumkan mengenai interview tersebut melalui call. Dan kemudiannya baru diemail secara detail. Ada ujian psikometri dan interview.

Semasa hari kejadian, as usual. Apa yang aku jangkakan agak meleset. Hahaha. Kononnya, nak pegi awal ataupun paling kurang on-time. Tapi as usual, ada jer lah yang menghalang. Nak pamkan susu untuk adawiyyah dulu lah. Nak tidurkan adawiyyah semula lah. Nak nyusukan adawiyyah lah.*tak habis nak salahkan orang lain.. hahaha. MAAF!!! Ye, kelemahan diri aku yang perlu dipertingkatkan lagi. Aikshhh.* Akhirnya, aku sampai lewat 10 minit. Opsss.. Sampai jer terus masuk bilik mesyuarat untuk ambil test psikometri. Aikshh.. Soalan banyak. 120 soalan dalam tempoh 1jam 30minit. Agak-agaknya aku dapat jawab semua tak? Eh!!! Mestilah boleh jawab semua. Siap tak payah baca soalan pun jawab. Hahahaha. Itu maknanya aku tak cukup masa. So aku main jawab jer lah tanpa melihat soalan. So, aku redha dan pasrah jer lah. Semoga ALLAH S.W.T sentiasa membantu aku. Itu jer lah yang mampu aku harapkan. Tanpa bantuan ALLAH S.W.T, tiada siapa pun dapat bantu kan? Mmm.. Cuba menerima semuanya. Maybe ada hikmah di sebalik semuanya? InsyaALLAH. Agak-agak, kalau tak dapat.. Aku akan rasa kecewa tak? Apalah soalan aku ni kan? Mestilah kecewa, tapi aku TETAP KENA REDHA. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Dan maybe bukan masanya lagi. Huhu. Tapikan.. Tapikan.. Please. Please. Please. Doakan agar aku dapat perkerjaan tersebut. Doakan ye?

Setelah selesai sesi menjawab ujian. Petangnya ada interview. So, aku cuba lupakan apa yang terjadi dan prepare untuk mock lecture masa sesi interview nanti. Kali ni, aku masih lagi lewat sampai, sebab nak cari parking kena pusing 2x. Aikshh.. *ada jer benda yang nak disalahkan.. opsss* Aku lewat sampai 5 minit. Tapi nak sampai turn aku tue pun lama jugak. Hampir pukul 4 baru aku dipanggil masuk ke bilik mesyuarat untuk di interview. 

Masa aku dipanggil masuk, ada 3 orang lagi yang dipanggil masuk sekali. So, sesi interview tue berlangsung dengan 4 orang dan panel 10 orang? Mmm.. Ramaikan panel? Yup. Ramai. Tapi yang bertanya soalan 2 3 orang jer. Yang lain tue sekadar mendengar. Maybe bukan bidang diorang. Huhu. Sekali lagi rasa kerdilnya aku. Huhu. Sebab lagi 3 orang yang di interview sekali tue. Hebat-hebat dengan pengalaman kerja masing-masing. Aku? Fresh graduated!!! Manalah nak ada pengalaman kerja. Aikshh.. Sekali lagi mengharapkan keajaiban dan pertolongan ALLAH S.W.T. Moga diberi peluang untuk mendapat perkerjaa tersebut dan dipermudahkan segala urusan. Aikshh.. 

YA ALLAH. Permudahkanlah untuk aku dapat pekerjaan tersebut. Berilah aku dapat kerja YA ALLAH.
Sekiranya aku dapat perkerjaan tersebut. Ianya lebih banyak memudahkan kehidupan aku dan keluargaku. InsyaALLAH.
Mengharapkan KEAJAIBAN DARIPADA ALLAH SWT. Mohon semua doakan agar aku bisa mendapatkan perkerjaan tersebut ya.. Terima kasih atas doa kalian. Agar Allah memperkenankannyaaa.. InsyaAllah. Amiin.

*La haulawala quwata illa billah*
*Allahumma salli'ala saidina Muhammad*
*SubhanaAllah il'azim*
*SubhanaAllah wabihamdih*


No comments:

Berbagai Hal Telah Berlaku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dah lama rasanya saya tak update blog ni. Dalam masa tersebut, pelbagai hal telah berlaku. Dengan pandem...