Assalamualaikum w.b.t.
Bismillahirrahmanirrahim.
Sudahkah kita berselawat buat junjungan besar nabi kesayangan kita?
Nabi Muhammad s.a.w
Jom luangkan sedikit masa untuk berselawat kepada baginda.
Allahuma salli´alla saidina Muhammad wa´alla allihi wasahbihi wassallim (10x)
Alhamdulillah. Semoga kita berjaya beroleh syafaat baginda di akhirat kelak.
InsyaAllah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
kalau tengok kat tajuk entri. bukan main kan? suri rumah separuh masa. dan macam cerita isteri separuh masa dah pulak. hahaha. sebab aku kata separuh masa adalah kerana lepas office hour jer jadi suri rumah.
jadi suri rumah yang macam mana ye agaknya?
ini routine aku lah. orang lain. lainlah kan?
kalau aku, masa awal-awal sebelum ke lab/tempat kerja. aku akan basuh segala pinggan mangkuk, periuk dll yang telah digunakan pada malamnya. kadangkala malamnya aku dah basuh semua siap2. ikut mood katakan. kalau rajin sikit. aku masakkanlah lunch untuk suami tercinta. kalau rajinlah. tapi peratus rajin tue sangat sikit berbanding malas. selalu malas jer menguasai diri. hihi.
kemudian, akan kemaskan beg untuk adawiyyah bawa ke taska. masukkan pampers, pakaian dan biskut.
dan setelah office office hour. setiba dirumah, aku akan buat minum petang seperti goreng keropok ke? kalau malas, aku beli je pau ke, kuih muih ke masa on da way nak balik rumah. hihi.
lepas isyak, barulah aku akan masak untuk dinner. selalunya masak simple2 jer. nasi putih, sayur ng lauk. itu jer. kadangkala sayur takde pun. just lauk.
dan dalam masa yang sama, akan basuh baju. =)
kalau malas menguasai diri, hujung minggu jenuhlah 4 5 mesin membasuhnya. =)
itulah rutin aku sebagai isteri separuh masa.
hopely aku dapat lakukan yang terbaik buat anak-anak dan suami aku.
InshaALLAH.
doakan kasih sayang kami sekelurga bertambah hari demi hari dan berkekalan hingga ke syurgaNya.
InshaALLAH.
xoxo
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment