PHD... PART 1
Setelah tamatnya Master. Aku berniat nak bekerja. Cukuplah setakat itu. Namun, tawaran untuk aku sambung PhD setelah menamatkan pengajian Master buatkan aku terfikir sejenak. Nak kerja atau sambung? Mak aku cakap, "sayanglah tak sambung sampai habis. Sikit lagi nak habis semua peringkat pengajian. Dah lama dok mengaji. Tinggai 1 ja lagi".
Semasa aku sibuk menghantar permohonan sebagai pensyarah di beberapa institusi pengajian awam & swasta. Aku jugak ada risik2 untuk sambung belajar.
Saat itu, SV master aku sangat berharap aku sambung PhD dibawah seliaannya. Namun, memikirkan aku sudah berkeluarga. Tak sanggup rasanya untuk aku berjauhan. So, pilihan yang ada ialah aku risik2 tempat pengajian yang berdekatan dengan tempat suamiku bekerja.
Ada menerima panggilan temuduga untuk bekerja & dalam masa sama aku apply MyBrain untuk tajaan pengajian PhD aku andai kata aku tidak dapat mana-mana tawaran bekerja.
Allahuakbar!!!
Temuduga kerja yang aku hadiri telah menawarkan tajaan SLAB untuk aku sambung PhD. Ketika aku menerima berita tersebut, aku redha. Perancangan ALLAH S.W.T. adalah yang terbaik. Andaikata aku bekerja dahulu, nak tak nak. Aku PASTI & PERLU untuk sambung PhD jugak.
Dalam masa yang sama permohonan MyBrain aku jugak BERJAYA. ALLAHUAKBAR.
So, aku terpaksa tolak tawaran MyBrain & menerima tawaran SLAB.
Maka, bermulalah perjalanan aku sebagai seorang pelajar siswazah lanjutan PhD.

No comments:
Post a Comment