Friday, 21 February 2014

EDUCATION: phD?

Bismillahirrahmanirrahim...


Dalam proses untuk menghabiskan MASTER, tak terlintas nak sambung phD kerana proses untuk menghabiskan MASTER teramat menguji kesabaran dan mengambil masa yang agak lama dan ianya adalah sesuatu yang tidak pasti. Apa yang tidak pasti? Bila kita akan betul-betul habis. Awat aku cakap macam gitu? Sila baca AKAN DATANG ye? Hihihi.

Namun, setelah aku berjaya habiskan MASTER dengan izinNYA dan telah mendapat offer untuk sambung phD, perasaan jadi berbelah bagi pulak. Nak sambung ke tak? Nak sambung ke tak? Tambahan pulak mak dan abang long aku menyuruh sambung. Lagilah berbelah bagi weiii.. Arghhh.. Tapi dalam masa yang sama aku rasa tak sanggup nak melalui dan memulakan semula proses pengajian yang tidak pasti bila akan habis. Memanglah tempoh pengajian phD 3 tahun. Tapi nak settle semuanya, aku rasa maybe mencecah 4 tahun. Tue paling awai, silap2 lebih. phD kot? U need to create something new ok.. Kalau master boleh lagi just improve something yang dah dikaji. Nie phD nak kena improve sesuatu yang dikaji dan memperbaharuinya. Its not so easy.



Plus 3 benda yang bermain dikepala otak aku kalau sambung:

:::1st:::
JOHOR.
Kalau sambung duduk di selatan, memang kompem-kompem lah aku kena bawa anak aku duduk sekali kan. Dah sorang-sorang dengan anak lagi. Jauh dari cinta hati. Aikshhh.. Rasa tak sanggup den. Nak menghadap kerenah anak hari-hari seorang diri diperantauan. Huhu.

:::2nd:::
Kena upgrade tempat tinggal and transport. Babysitter.
Sebelum nie, masa master aku duduk hostel jer. Sewa 1 semester hostel sama dengan harga sewa sebulan rumah sewa. So, sila bayangkan berapa banyak kos perlu diperuntukkan untuk penginapan. Dan of course, kena upgrade kenderaan. Dulu, sempoi jer naik motor. Senang nak ke sana ke sini. Kalau sambung phD, ada adwiyyah. Memang kena naik kereta lah kan. Takkan nak bawa adawiyyah naik motor pulak. Hahahaa. Kos minyak turut meningkat ok. Lagi satu nak kena cari pengasuh. Aikshhh, bukan sesuatu yang mudah jugak tue kan? 

:::3rd:::
Takde pengalaman kerja. 
Cuma bayangkan, sekarang dah 27 tahun. Tambah 4 tahun lah katakan untuk habiskan phD, umuq aku masa tue dah 31 tahun. Wahhh.. Dah masuk 3 series uolllss.. Masa tue baru nak start kerja. Dan takde pengalaman kerja pun sebelum tue. Pada pandangan korang macam mana? Aikshhhh..

Tapi rasa sayang pun ada jugak if tak sambung. 1 stage jer pun lagi. Lagipun memang cita-cita nak jadi Dr. Tak mampu nak jadi Dr perubatan, Dr FALSAFAH pon ok jugak kan. 

WEIIII.. TOLONG DOAKAN AKU CEPAT DAPAT KERJA. AKU MEMERLUKAN PELUANG UNTUK BEKERJA AGAR AKU DAPAT PENGALAMAN BEKERJA.
INSYAALLAH, BILA DAH KERJA AKU AKAN USAHAKAN UNTUK SAMBUNG PHD. TAPI DEKAT-DEKAT BELAH UTARA JER PULAK KOT. DOA-DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK AKU YE SEMUA? DAN DOAKAN AGAR SEGALA URUSAN AKU DI DINIA DAN AKHIRAT SENTIASA DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH S.W.T. INSYAALLAH.



No comments:

Berbagai Hal Telah Berlaku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dah lama rasanya saya tak update blog ni. Dalam masa tersebut, pelbagai hal telah berlaku. Dengan pandem...