Bismillahirrahmanirrahim.
KU PINANGMU DENGAN BISMILLAH.
Hal ini berlaku dalam sekelip mata. Subhanallah. Perancangan ALLAH S.W.T itu sungguh hebat. Sangat hebat!! ALLAHUAKBAR!!!
Pada mulanya, incik suami just nak pergi ke rumah untuk diperkenalkan dengan family aku terutamanya mak aku. Kebetulan masa itu, aku balik cuti dan dia akan ke rumah kak dia. Seperti yang aku katakan, PERANCANGAN ALLAH S.W.T sungguh HEBAT. Masa itu, family incik suami pun nak ke PERLIS. So, dah alang-alang family incik suami ada di PERLIS. Aku terus suarakan untuk dia bawa family dia sekali untuk jumpa family aku. Huhu. Yang memeranjatkan. Masa incik suami beritahu familynya, mak abah incik suami terus nak merisik. Subhanallah. ALLAH S.W.T mempermudahkan segalanya. Niat asalnya just untuk berkenalan, akhirnya terus MERISIK.
Pada CHINESE NEW YEAR 2012, 23 JANUARY 2012, ISNIN. Kalau tidak silaplah. Hahaha. Bertemulah dua keluarga. Keluarga aku dan incik suami. Buat pertama kalinya bersua muka. Hihi. Masa incik suami telefon bagitahu nak gerak dari rumah kakak dia. Aku baru nak siap. Haha. Masa tue, aku pakai baju kurung biasa jer. Hahaha. Bila family incik suami sampai rumah. Nak keluar salam. Ya ALLAH. Malu yang amat rasanya. Ialah semua mata memandang aku kan. Hahaha. Ok Perasan.
Masa tue, family incik suami bawa 3 dulang hantaran berupa cincin merisik, kain pasang dan buah-buahan. Bagi orang PERLIS, merisik mana ada dulang-dulang hantaran ni. So, family aku jamu makan jer. Hahaha. Punyalah segan kan. Gambar-gambar dulang hantaran tue satu pun tak ambil. Hahaha. Alhamdulillah. Pertemuan di antara dua keluarga berjalan dengan lancar. Syukur alhamdulillah. ALLAH S.W.T mempermudahkan segalanya. =)
ALHAMDULILLAH.
p/s: Bila niat kita baik. InsyaALLAH. ALLAH S.W.T akan mempermudahkan segalanya. Terasa semuanya berlaku salam sekelip mata. Hebat perancangan ALLAH S.W.T buat kita kan? Marilah kita mendekatkan diri dengan ALLAH S.W.T. Sesungguhnya ALLAH S.W.T sentiasa bersama kita. InsyaALLAH.
No comments:
Post a Comment