Friday, 11 April 2014

DAPUR: Nasi Daging

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah. Semenjak jadi suri rumah nie. Aktiviti aku adalah mencuba resepi. Pelbagai resepi telah aku cuba. Yang menjadi mangsa untuk merasa masakan aku semestinya dan pasti tak terkecuali INCIK SUAMI TERCINTA. Hihi. 
p/s: Hari tue kitaorang timbang. Incik suami naik 10KG daripada mula nikah. Usia pernikahan kitaorang masa muda. 1 TAHUN 5 BULAN. Masih setahun jagung. =P Doakan hubungan perkahwinan kitaorang sehingga ke JANNAH ye? INSYAALLAH!!! =)


NASI DAGING VERSI CHEF SHIDAH

1. Rebus daging bersama perencah KURMA + SUP. 
Bilangan air rebusan adalah +2 daripada bilangan pot beras. 
(Cth: Beras 3 pot. Air untuk rebus daging 5 pot)
2. Basuh beras dan toskan.
3. Panaskan periuk rice cooker. Masukkan marjerin + minyak. (MINYAK SAPI).
4. Tumiskan 4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis & buah pelaga).
5. Masukkan bawang besar, halia dan bawang putih yang dimayang (dihiris halus).
6. Biarkan sehingga wangi. Masukkan sos tomato dan susu cair.
7. Masukkan beras dan daging yang telah direbus bersama air rebusannya.
(Sila sukat dulu air rebusan ye. Kalau guna 3 pot beras. So, air rebusan pun guna 3 pot jer)
8. Masukkan garam/pati kiub knoor. Kacau rata.
9. Alihkan ke rice cooker. Dan biarkan masak.
10. Setelah masak, kacau dengan garfu untuk gemburkan nasi. Bolehlah diletakkan kismis.
11. Tekan lagi sekali button rice cooker.





No comments:

Berbagai Hal Telah Berlaku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dah lama rasanya saya tak update blog ni. Dalam masa tersebut, pelbagai hal telah berlaku. Dengan pandem...