Showing posts with label Memasak. Show all posts
Showing posts with label Memasak. Show all posts

Friday, 14 July 2017

AYAM MASAK KICAP SIMPLE.




Lama jugak akak tak share resepi kan.

Meh akak nak share resepi simple ni dengan korang.


AYAM MASAK KICAP

Bahan-bahan:
Ayam (digoreng separuh masak)
Bawang putih + bawang besar (dihiris)
Halia (dihiris)
Cili padi
Air asam jawa
Kicap
Garam + gula.


Cara-caranya:
Minyak lebihan goreng ayam tadi digunakan semula.
Tumis bawang putih + halia.
Kemudian masukkan bawang besar + cili padi.
Masukkan kicap + air asam jawa.
Masukkan ayam + gaul sebati.
Cukupkan rasa (tambah garam + gula).

Siap!!

Pstt: Kalau nak masukkan tomata (dibelah 4) pun boleh. 


Simple. Sedap. Kenyang.


Saturday, 4 April 2015

DAPUR: Daging Goreng Kunyit

Assalamualaikum w.b.t.
Bismillahirrahmanirrahim.

Sudahkah kita berselawat buat junjungan besar nabi kesayangan kita?
Nabi Muhammad s.a.w

Jom luangkan sedikit masa untuk berselawat kepada baginda.

Allahuma salli´alla saidina Muhammad wa´alla allihi wasahbihi wassallim (10x)

Alhamdulillah. Semoga kita berjaya beroleh syafaat baginda di akhirat kelak.
InsyaAllah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


DAGING GORENG KUNYIT

Bahan-bahan

Daging- dihiris nipis

serbuk kunyit

*bawang putih
*bawang besar
*dimesin

Halia & bawang putih- dihiris halus untuk menumis

Sayuran - kacang panjang/buncis, carrot

Cili merah

Bahan perasa - sos tiram, garam, gula


Cara Memasak

1. Perapkan daging yang telah dihiris nipis dengan bawang putih + bawang besar yang telah dimesin, serbuk kunyit serta garam.

2. Panaskan minyak - tumiskan bahan putih + halia yang dihiris halus.

3. Masukkan daging. Biarkan air daging keluar sehingga kering. Dan masukkan sedikit air.

4. Masukan sayuran dan bahan perasa. Suaikan rasa.

Siaaappp!!!


Simple dimple. Sedapppp!!
InshaaALLAH.


Wednesday, 12 November 2014

DAPUR: Sambal Sotong Sumbat & Sayur Bunga Kubis

Bismillahirrahmanirrahim...

Nak resepi tak? Hihi.
Meh nak share resepi simple dimple ye?

SAMBAL SOTONG SUMBAT
Bahan-bahan untuk sumbat
kentang - direbus
telur
bawang merah + putih
garam
carrot
lada putih/hitam

*tumiskan bawang - masukkan garam + pecahkan telur +carrot - kacau untuk dijadikan telur hancur.
*satukan telur hancur dan kentang yang telah direbus dan dilenyekkan. Kemudian dimasukkan/sumbat ke dalam sotong. Biar sotong nampak montok2 gitu. Hihi.



Bahan-bahan untuk sambal
bawang merah + putih
air asam jawa
cili kering/pes cili
garam + gula

*tumiskan bawang + pes cili sehingga wangi.
*masukkan air asam jawa + garam + gula.
* masukkan sotong sumbat.
*biarkan mendidih sehingga sotong masak.
*siap untuk dihidangkan.

Disebabkan ada lebihan telur hancur. So aku pun masak sayur kubis bunga. Kita campak-campak jer.


SAYUR KUBIS BUNGA
kubis bunga
cili merah
carrot - potong mancis
bawang putih - untuk menumis
garam

*tumiskan bawang putih sehingga wangi. Masukkan air. Biarkan air mendidih.
*masukkan lebihan telur hancur + carrot. Biarkan seketika agar carrot masak.
*masukkan kubis bunga + cili merah. Perasakan dengan garam.
Siaaapppp...


Simple dimple.
Hihi.


Thursday, 30 October 2014

DAPUR: RESEPI AYAM BUTTERMILK

Bismillahirrahmanirrahim..

Jom kita mulakan hari kita dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Allahumma salli'alla saidina Muhammad wa'alla allihi wasahbihi wassalim (3x)

Alhamdulillah. Semoga kita mendapat syafaat baginda di akhirat kelak. Amiin.

Hari ini aku nak share resepi Ayam Buttermilk.

Maaf gambar tak sempat nak ambillah. Hihi.


BAHAN-BAHAN
1. Ayam - potong kecil2
2. 1 s/b serbuk kari
3. 2 s/b tepung jagung
4. 2 s/b tepung gandum
5. garam + gula
6. 1/2 tin susu cair (ikut kuantiti masakan lah ye)
7. 3 s/b butter
8. daun kari
9. 3 biji bawang merah/1bj bawang besar -  dipotong dadu
10. 1 ulas bawang putih - diketuk
11. 6 biji cili padi (ikut tahap kepedasan masing2)

CARA MEMASAK
1. Gaulkan ayam dengan garam + serbuk kari - gaul rata.
2. Masukkan tepung jagung + tepung gandum - gaul rata dan gorengkan. Setelah masak kekuningan, toskan & ketepikan.
3. Cairkan butter. Kemudian tumiskan bawang putih, merah/besar, cili padi + daun kari sehingga wangi.
4. Masukkan susu cair - biarkan mendidih. Perasakan dengan garam + gula.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng. Siap untuk dihidang bersama nasi panas.


SELAMAT MENCUBA.

p/s: kalau sedap nanti tinggalkan komen ye? Hihi.


Wednesday, 29 October 2014

DAPUR : AYAM GORENG BEREMPAH

Bismillahirrahmanirrahim..

Meh luangkan sedikit masa untuk berselawat kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w

Allahumma solli´alla saidina Muhammad wa'alla allihi wasahbihi wassalim (3x)

Alhamdulillah. Semoga kita mendapat syafaat nabi di akhirat kelak. Aamiin.

AYAM GORENG BEREMPAH
bawang putih
Halia
Serai

*dikisar/tumbuk

Garam
Serbuk kari
Serbuk cili
Ayam

*gaulkan kesemua bahan dan perapkan seketika

*panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan.

Tadaaaa...
Simple dimple..

Saturday, 13 September 2014

DAPUR : AYAM MASAK MERAH

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk menjalani kehidupan di muka bumi sementara ini.

Jom kita luangkan sedikit masa untuk berselawat kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w

Allahumma salli´alla saidina Muhammad wa´alla allihi wasahbihi wassalim (3x)

Alhamdulillah. Semoga kita beroleh syafaat baginda di akhirat kelak.
Aamiin.

AYAM MASAK MERAH

Ayam
Serbuk kurma
Sos tomato
Sos cili
Garam

BAHAN-BAHAN KISAR
Cili kering
Bawang putih + besar
Halia

#kisarkan kesemua bahan hingga halus

BAHAN-BAHAN TUMIS
Kulit kayu manis
Bunga lawang

#panaskan minyak. goreng ayam sekejap. Kemudian toskan.
#guna lebihan minyak goreng ayam tersebut. Masukkan bahan2 tumis - sehingga bau wangi.
#masukkan bahan2 kisar - masak sehingga wangi.
#masukkan rempah kurma - biarkan rempah masak dahulu
#masukkan sos tomato + cili. Kacau rata.
#masukkan ayam. Biarkan sebati dengan kuah. Perasakan dengan garam.

Siapp..

Wednesday, 27 August 2014

LIFE: Update by fon.

Bismillahirahmanirrahim....


Tengok FB. Dah bosan.
Tengok IG.. Pun dah bosan.
Twitter? Mmm.. Bosan jugak.
Whattapps? Takde mende yang nak dibualkan.. 
Nak kacau incik suami dia tengah kursus..
Tup.. tup.. teringat. blog... yeahhh.. my blog..
Selalu update blog guna pc. Sebab lagi bestlah kan. View dia besar and luas. Sebab aku ni jenis tak suka buat kerja nampak kecik2.
Even menulis kat work pun. Aku akan view sepenuh2 screen pc. Hahaha. Entah. Tabiat kot. Tak rasa kepuasan meh tengok kecik2 ni. Tapi bila dah bosan melanda jiwa. Sambil dok menyusukan anak tercinta ni. Nak buat kerja lain agak terbatas. So update by fon pun ok lah kan. At least i'm doing something. Wahahaha..



Thursday, 17 April 2014

DAPUR: Popia Basah

Bismillahirrahmanirrahim...

Hajat nak makan popia basah sabtu lalu tidak kesampaian. Tetiba terfikir nak buat sendiri. Jeng2x.
Terus tanya pakcik google. Resepinya seperti dibawah:

Bahan Kulit :
2 cawan tepung gandum 
1 biji putih telor 
3/4 cawan air 
2 sudu makan cuka 
secubit garam

Friday, 11 April 2014

DAPUR: Nasi Daging

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah. Semenjak jadi suri rumah nie. Aktiviti aku adalah mencuba resepi. Pelbagai resepi telah aku cuba. Yang menjadi mangsa untuk merasa masakan aku semestinya dan pasti tak terkecuali INCIK SUAMI TERCINTA. Hihi. 
p/s: Hari tue kitaorang timbang. Incik suami naik 10KG daripada mula nikah. Usia pernikahan kitaorang masa muda. 1 TAHUN 5 BULAN. Masih setahun jagung. =P Doakan hubungan perkahwinan kitaorang sehingga ke JANNAH ye? INSYAALLAH!!! =)

Tuesday, 8 April 2014

DAPUR: Nasi Pandan

Bismillahirrahmanirrahim...

Sejak habis belajar dan menunggu untuk bekerja. I'M OFFICIALLY EXCLUSIVE HOUSEWIFE. Best tapi agak memenatkan. Normallah kan. Kerja suri rumah nie kan 24/7. Time cuti pun bekerja. Mana ada cuti. Aikshhh. Suami-suami di luar sana. Sila membantu isteri anda dirumah. Korang yang kerja 8-5 sehari pun rasa penat. Inikan isteri korang 24/7 tau. Hargailah mereka seadanya. Hihihi.
p/s: Incik suami tercinta. Kalau baca sila faham-faham. Thanks kerana selalu membantu hal-hal rumah. LOVE U SO MUCH. XOXO.

Eh tersasar jauh pulak. Meh nak kongsi resepi NASI PANDAN.

Berbagai Hal Telah Berlaku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dah lama rasanya saya tak update blog ni. Dalam masa tersebut, pelbagai hal telah berlaku. Dengan pandem...