Thursday, 3 April 2014

FRIEND: NUR SHAZWANI MOHD NOOR

Bismillahirrahmanirrahim...

Satu nama yang banyak menyerikan kehidupanku. Alhamdullillah YA ALLAH Engkau telah hadirkan insan yang bernama NUR SHAZWANI BT MOHD NOOR dalam kehidupan aku. Segala duka suka, aku dan dia tempuhi bersama. Jatuh bangunnya aku, dia ada menyokong. Alhamdulillah di atas kurniaan insan sebegini di dalam mewarnai kehidupan aku yang sementara di alam fana ini. Syukur YA ALLAH.



Terima kasih. Sentiasa membantu. Terima kasih di atas segalaNYA. Sesungguhnya hanya ALLAH S.W.T yang mampu membalas segala jasa baik wani membantu mempermudahkan segala urusan orang. xoxo. Sayang kamu kerana ALLAH S.W.T. InsyaALLAH.

YA ALAH, Hadirkanlah seorang suami yang terbaik untuk Wani yang mampu membimbing dan membahagiakan Wani di dunia & akhirat. InsyaALLAH.

YA ALLAH, Sentiasalah murahkan rezekinya dan mempermudahkan segala urusannya di dunia & akhirat. Terlalu banyak bantuan yang telah diberikannya sehinggakan aku rasa tak mampu untuk membalasnya. Semoga ALLAH S.W.T yang membantu membalasnya buat pihakku. InsyaALLAH.

Perkenalan kami semasa zaman DIPLOMA UTM CityCampus, Jalan Semarak, KL. Ianya lebih kurang 8++ tahun yang lalu.  Suka duka mencari rumah sewa. Berhimpit naik bas untuk ke kampus. Meredah jammed. Memori sungguh kan?

Alhamdulillah, semasa di UTM SKUDAI, kami masih lagi bersama. Merempit ke sana sini. Wanilah pembonceng setiaku. Hihi. Merangkap personal photographer. Wani suka ambil gambar. Dan aku pulak suka bergambar. MATCH PERFECTO!!! Hihi. Waaa.. Sangat-sangat rindu saat tue. Rindu juga air teh buatan wani. Sedapnyaaaa.. Hihihi.

Semasa aku menyambung MASTER, Wani masih bersama aku. Tetapi dua situasi yang berbeza. Wani bekerja dan aku masih pelajar. Aikshh.. Doakan semoga aku dapat kerja cepat ye? Please tolong doakan ramai-ramai.. =)

Thanks wani sentiasa bersabar dengan kerenah orang. Thanks a lots. Orang minta maaf sebab banyak menyusahkan wani. Menyakitkan hati wani. Maaf ye? Salah faham yang terjadi di antara kita disebabkan oleh seseorang. Sangat memberikan impak kan? Tapi alhamdulilah. Semuanya dah ok. Segalanya telah menjadi kenangan. Ye. Sesuatu kenangan yang pasti sukar untuk di lupakan.

SAYA SAYANG KAMU SANGAT-SANGAT KERANA ALLAH S.W.T.
InsyaALLAH






No comments:

Berbagai Hal Telah Berlaku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dah lama rasanya saya tak update blog ni. Dalam masa tersebut, pelbagai hal telah berlaku. Dengan pandem...