Tuesday, 1 April 2014

EDUCATION: Sarjana Kejuruteraan (Elektrik)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah. Syukur kehadrat ALLAH S.W.T., dengan izinnya aku telah berjaya menghabiskan pengajian SARJANA KEJURUTERAAN (ELEKTRIK). Setelah dua tahun berusaha menyiapkan penyelidikan/kajian (research), akhirnya aku berjaya menghantar tesis untuk disemak sebelum diberikan tarikh untuk VIVA. Daripada aku seorang bujang, upgrade status kepada isteri dan seterusnya upgrade status kepada ummi. Sungguh jauh perjalanan untuk menamatkannya. Terlalu banyak kesabaran telah dipelajari.


Terima kasih tak terhingga di atas sokongan suami tercinta. Disaat aku rasa lemah untuk menghabiskannya. Dialah tempat aku mengadu segalanya. Dialah pemangkin semangat. Sejujurnya, air mata menjadi peneman dikala pengajian dijalani. Ianya bukan sesuatu yang mudah. Disaat segala usaha kita dipertikaikan. Air mata peneman setia. Subhanallah. Terima kasih tak terhingga kepada ALLAH S.W.T di atas kekuatan yang diberikan untuk aku mengharungi perjalanan sebagai seorang pelajar. Di atas kekuatan untuk aku bangkit semula setelah terasa amat lemah untuk menghabiskannya. ALHAMDULILLAH.

Secara keseluruhannya sehingga aku dapat pengesahan daripada senat universiti ianya mengambil masa 2 TAHUN 6 BULAN. Tempoh pengajian 2 TAHUN. Untuk dapat tarikh VIVA mengambil masa SEBULAN jer. Tapi disebabkan masa itu aku dalam tempoh berpantang. So aku minta ditangguhkan 2 BULAN. Tapi ada jugak yang mengambil masa yang lebih lama daripada itu. Ianya bergantung kepada kelapangan masa panel/pemeriksa dan juga supervisor. Manakala, tempoh pembetulan tesis jugak mengambil masa 2 BULAN. Aku diberi masa 3 BULAN. Syukur alhamdulillah, aku mampu menyiapkannya lebih awal 1 BULAN. Dan tempoh untuk dapatkan pengesahan senat universiti juga 2 BULAN. Proses untuk sesuatu pengajian sarjana kejuruteraan (penyelidikan) bukan sesuatu yang mudah dan dapat dijangka. Semuanya dengan izin ALLAH S.W.T. Kita hanya mampu merancang, tetapi pastinya perancangan ALLAH S.W.T adalah yang terhebat.

Jutaan terima kasih juga buat sahabatku NUR SHAZWANI MOHD NOOR. Nanti nak buat entry khas mengenai dia. Nantikan ye? Hihihi. Dialah yang banyak membantu dalam melancarkan urusan-urusan akhir aku untuk menamatkan pengajian MASTER. Antaranya:

- semak format, print dan binding tesis serta hantarkan ke fakulti.
- dapatkan tandatangan supervisor.
- semak format, print dan hantar ke fakulti untuk pembetulan tesis.
- laser print, hardbinding thesis.

*p/s: Wani dah berpengalaman untuk hal-hal tesis.Terima kasih kerana memudahkan perjalanan pengajian orang di saat akhir. Semoga ALLAH S.W.T sentiasa mempermudahkan urusan wani pulak ye? InsyaALLAH. =)
-x0x0-

No comments:

Berbagai Hal Telah Berlaku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dah lama rasanya saya tak update blog ni. Dalam masa tersebut, pelbagai hal telah berlaku. Dengan pandem...