Bismillahirrahmanirrahim...
Sejak habis belajar dan menunggu untuk bekerja. I'M OFFICIALLY EXCLUSIVE HOUSEWIFE. Best tapi agak memenatkan. Normallah kan. Kerja suri rumah nie kan 24/7. Time cuti pun bekerja. Mana ada cuti. Aikshhh. Suami-suami di luar sana. Sila membantu isteri anda dirumah. Korang yang kerja 8-5 sehari pun rasa penat. Inikan isteri korang 24/7 tau. Hargailah mereka seadanya. Hihihi.
p/s: Incik suami tercinta. Kalau baca sila faham-faham. Thanks kerana selalu membantu hal-hal rumah. LOVE U SO MUCH. XOXO.
Eh tersasar jauh pulak. Meh nak kongsi resepi NASI PANDAN.
1. Basuh beras dan toskan.
2. Hiris bawang putih, bawang besar dan halia.
3. Tumbuk jintan manis + jintan putih + kulit kayu manis.
3. Panaskan periuk rice cooker.
(nanti senang terus transfer ke rice cooker untuk masak)
4. Letak minyak + marjerin.
5. Masukkan daun pandan dan 4 sekawan.
(kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang + bunga cengkih)
6. Masukkan no. 2 sehingga layu dan wangi.
7. Masukkan no. 3 dan beras. Kemudian kacau biar sebati.
8. Masukkan air (jumlah air sama dengan jumlah beras-kalau beras 2 pot, air pun 2 pot).
9. Masukkan pati kiub ayam. Biarkan mendidih sekejap.
10. Transfer ke rice cooker. Biarkan sehingga masak.
11. Bila dah masak. Letak kismis dan kacau dengan garpu.
12. Letakkan pewarna hijau. Dan tekan lagi sekali rice cooker.
13. Bila dah masak. Biarkan kejap. Dan kacau.
14. Boleh dihidang. Siap.
*p/s: Ahad lepas incik suami mintak masak lagi nasi nie. Maybe sedaplah kotkan. Al-maklumlah dapat incik suami yang 'selalu puji'. Hahahaa.
Daaaa...

No comments:
Post a Comment