Bismillahirrahmanirrahim.
Program Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2014 merupakan program bersifat kebajikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Yayasan Restu bagi tahun ke-2 sebagai usaha mengumpul dana bagi membiayai penerbitan Al-Quran Wakaf.
Mushaf Al-Quran akan disumbangkan kepada pihak yang memerlukannya baik di Malaysia mahupun dunia khususnya negera minoriti Islam yang dihimpit kemiskinan.
4 Mekanisma Wakaf Al-Quran pada tahun ini ialah :
• Deposit Terus ke Bank Islam (M) Berhad – 1403-201002-1452
• Wakaf Tunai di semua cawangan Yayasan Restu
• Wakaf melalui atas talian di CIMB Clicks atau CIMB Clicks Shoppe (bagi pengguna bank lain seperti Bank Islam, Hong Leong Bank, Maybank, Public Bank & RHB Bank)
• Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), taip WAKAF10 dan hantar ke 33080
Maklumat lanjut boleh dapatkan DISINI.
No comments:
Post a Comment