Friday, 24 October 2014

DAPUR: Sambal Ayam Bonda

Bismillahirrahmanirrahim..

Jom kita mulakan hari kita dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Allahumma salli'alla saidina Muhammad wa'alla allihi wasahbihi wassalim (3x)

Alhamdulillah. Semoga kita mendapat syafaat baginda di akhirat kelak. Amiin.


Meh nak share resepi mak kesayangan hamba. Yang menjadi kegemaran cucu-cucunya. Hihi.
Kalau takde sambal ayam nie. Tak berapa nak makan nasilah jawabnya. Hantu sambal ayam betui cucu-cucu mak aku ni.

SAMBAL AYAM BONDA
ayam - dipotong kecil2
*gorengkan ayam seketika
*ketepikan

bawang putih
halia
serai
lengkuas

*tumbuk kasar bahan-bahan diatas/ blendkan saja

cili kisar/pes cili
garam + gula

*tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk/kisar + cili kisar sehingga pecah minyak (masak) + wangi
Masukkan garam + gula.
*masukkan ayam + gaul rata.Tmabahkan air untuk banyakkan kuah.
*Biarkan mendidih seketika.
*Siap untuk dihidang.

Simple dimple kan?
Cubalah.




No comments:

Berbagai Hal Telah Berlaku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dah lama rasanya saya tak update blog ni. Dalam masa tersebut, pelbagai hal telah berlaku. Dengan pandem...