Showing posts with label Sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label Sharing is caring. Show all posts

Thursday, 29 October 2015

CONFINEMENT: BARUT ZIGZAG

Bismilahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Sekarang tengah menghitung hari untuk habis pantang. Wahaha. Hari ni 43 hari. Yeayyyy.. Dah nak merdeka. Walid a.k.a suami tercinta. I nak short vacation please? Wahahaha.

Sesungguhnya terasa tepu otak masa berpantang ni. Kiki. Semua orang rasa benda yang sama kan? Hihi.
Angkat tangan, angguk & cepat mengaku. Wahaha. =)

BENGKUNG!!!

Owhh pasti semua orang dalam pantang akan pakai untuk melangsingkan semula badan kan? Sapa tak pakai? Yang bersalin secara caeser maybe ambik masa sikit nak start pakai. Tapi mesti ada terdetik @ terniat nak pakai kan?

Secara logiknya? Bengkung ni pakai dari bawah ke atas ke? @ sebaliknya? Haha.
Mana satu yang korang prefer? @ pun sepatutnya kita pakai?

Huhu. Meh kongsi cepat? =)

Ni antara contoh pemakaian bengkung zigzag. =)




Wednesday, 26 November 2014

DAPUR : PUDING PIE COKLAT

Assalamualaikum w.b.t.
Bismillahirrahmanirrahim.

Sudahkah kita berselawat buat junjungan besar nabi kesayangan kita?
Nabi Muhammad s.a.w

Jom luangkan sedikit masa untuk berselawat kepada baginda.

Allahuma salli´alla saidina Muhammad wa´alla allihi wasahbihi wassallim (10x)

Alhamdulillah. Semoga kita berjaya beroleh syafaat baginda di akhirat kelak.
InsyaAllah.

Oh ya.. apa ye resepi yang nak dikongsi hari ni?


Let´s check it out..


PUDING PIE COKLAT

lapisan bawah
100gm butter dicairkan
15-20 keping biskut coklat/oreo

#kalau guna oreo ambil biskut sahaja.
~ campurkan kedua2 bahan.
~masukkan ke dalam bekas dan ratakan di dasar sambil di mampatkan.
~bakar seketika (10-15 minit) pada suhu 180°C

lapisan atas (coklat)
2 biji kuning telur
1 cawan susu segar/cair
1/4 cawan gula
1/2 cawan tepung jagung
1 1/2 bar coklat hitam/masakan

~masukkan telur, susu, gula dan tepung jagung. Kacau sebati.
~masukkan coklat dan di masak di atas api sehingga pekat.
*sentiasa kacau.
~setelah pekat. Letakkan ke atas lapisan atas. Dan tekapkan plastik di atas agar lapisan coklat kekal cantik
~bekukan di dalam peti selama 3 jam sebelum di makan.

Selamat mencuba.



Wednesday, 29 October 2014

DAPUR : AYAM GORENG BEREMPAH

Bismillahirrahmanirrahim..

Meh luangkan sedikit masa untuk berselawat kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w

Allahumma solli´alla saidina Muhammad wa'alla allihi wasahbihi wassalim (3x)

Alhamdulillah. Semoga kita mendapat syafaat nabi di akhirat kelak. Aamiin.

AYAM GORENG BEREMPAH
bawang putih
Halia
Serai

*dikisar/tumbuk

Garam
Serbuk kari
Serbuk cili
Ayam

*gaulkan kesemua bahan dan perapkan seketika

*panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan.

Tadaaaa...
Simple dimple..

Friday, 24 October 2014

DAPUR: Sambal Ayam Bonda

Bismillahirrahmanirrahim..

Jom kita mulakan hari kita dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Allahumma salli'alla saidina Muhammad wa'alla allihi wasahbihi wassalim (3x)

Alhamdulillah. Semoga kita mendapat syafaat baginda di akhirat kelak. Amiin.


Meh nak share resepi mak kesayangan hamba. Yang menjadi kegemaran cucu-cucunya. Hihi.
Kalau takde sambal ayam nie. Tak berapa nak makan nasilah jawabnya. Hantu sambal ayam betui cucu-cucu mak aku ni.

SAMBAL AYAM BONDA
ayam - dipotong kecil2
*gorengkan ayam seketika
*ketepikan

bawang putih
halia
serai
lengkuas

*tumbuk kasar bahan-bahan diatas/ blendkan saja

cili kisar/pes cili
garam + gula

*tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk/kisar + cili kisar sehingga pecah minyak (masak) + wangi
Masukkan garam + gula.
*masukkan ayam + gaul rata.Tmabahkan air untuk banyakkan kuah.
*Biarkan mendidih seketika.
*Siap untuk dihidang.

Simple dimple kan?
Cubalah.




Thursday, 2 October 2014

DAPUR : AYAM GORENG BAWANG

Bismillahirrahmanirrahim..

Meh luangkan sedikit masa untuk berselawat kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w

Allahumma solli´alla saidina Muhammad wa'alla allihi wasahbihi wassalim (3x)

Alhamdulillah. Semoga kita mendapat syafaat nabi di akhirat kelak. Aamiin.

AYAM GORENG BAWANG
Ayam
Garam
Kunyit
Bawang besar - dipotong bulat

#perapkan ayam dengan garam + kunyit seketika.
#panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan.
#masukkan bawang besar dan biarkan layu sedikit.
#angkat dan hidangkan.

Tadaaaa...
Simple dimple..

Monday, 30 June 2014

LIFE: Ramadhan 1435H/2014M

-Bismillahirrahmanirrahim-

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Syukur padaMu YA ALLAH. Kerana masih diberikan kesempatan untuk menemui RamadhanMu pada tahun nie. Semoga amalan di bulan Ramadhan ini akan sentiasa istiqamah. InsyaALLAH.

Ohh yaa. Aku ada senarai cek list Ramadhan. Nak tak? Nak tak? Hihi.
Ambil disini ye? 

Semoga bermanfaat. Thanks AdikBijak for sharing this.

SALAM RAMADHAN.

Semoga aku mampu untuk beristiqamah melakukan ibadah. InsyaALLAH.

Sunday, 20 April 2014

LIFE: Sky Juice a.k.a Air Kosong

Bismillahirrahmanirrahim...

Mesti semua orang tahu samada sedar ke tak, badan kita AMAT MEMERLUKAN air kosong.
Secara umumnya, setiap manusia memerlukan air yang agak banyak dan ianya bergantung kepada berat kita.


25KG = 1L
50KG = 2L
75KG = 3L

Tuesday, 15 April 2014

HIJAB: Bawal Ala Mawar Fiso Omar

Bismillahirrahmanirrahim...

Wah semenjak keluarnya statement daripada FANPAGE FAREEDA berkaitan bertudung ikut kemampuan. HOT pula tentang BAWAL ALA MAWAR FISO OMAR nie. Huhu. Aku malas nak komen apa-apa. Masing-masing ada hak sendiri. Lebih baik berdiam diri andaikata tak mampu memberikan sesuatu kata yang baik. 

Apa yang aku nak katakan. Comel ELA pakai bawal ala fareeda nie. Nice!!


pssttt: nie gambar dalam blog cik ela. harap cik ela tak marah ea? ea?

Saturday, 22 March 2014

LIFE: Proses Kelahiran

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah. Syukur ALLAH S.W.T yang telah mempermudahkan segala urusan untuk melahirkan seorang puteri ke dunia ini. Syukur YA ALLAH di atas bantuanMU. 

Rentetan kisah:
25 OGOS 2014 (AHAD)

Sebelum incik suami nak balik ke lenggong, ada keluar lendir dan darah. Tapi masa tue buat biasa lagi. Ingat takde apa-apa. Setelah incik suami, siap makan. Dah siap-siap nak balik lenggong. Incik suami bergerak dari rumah, aku pun masuk toilet sebab terasa nak terkucil. Sekali tengok ada lagi lendir dan darah. Ouchh. Dah pelik. "Eh dah nak bersalin ke?"

Berbagai Hal Telah Berlaku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dah lama rasanya saya tak update blog ni. Dalam masa tersebut, pelbagai hal telah berlaku. Dengan pandem...