Wednesday, 14 January 2015

LIFE: #throwback a.k.a baling belakang 2014

Assalamualaikum w.b.t.
Bismillahirrahmanirrahim.

Sudahkah kita berselawat buat junjungan besar nabi kesayangan kita?
Nabi Muhammad s.a.w

Jom luangkan sedikit masa untuk berselawat kepada baginda.

Allahuma salli´alla saidina Muhammad wa´alla allihi wasahbihi wassallim (10x)

Alhamdulillah. Semoga kita berjaya beroleh syafaat baginda di akhirat kelak.
InsyaAllah.


Sudah lama tirai 2014 melabuhkan tirainya. terlalu banyak suka duka disepanjang tahun 2014. Alhamdulillah. Masih diberikan kekuatan dan peluang untuk meneruskan perjalanan di alam fana yang sementara ini.
Allahuakbar.

Meh kita buat throwback balik dari awal 2014 sehingga ke penghujung 2014. Apakah kisah suka duka yang masih 'fresh' diingatan pinjaman ALLAH S.W.T ini.

Bismillahirrahmanirrahim.

JANUARI
Sibuk menyiapkan correction tesis. Alhamdulillah. Dengan sokongan suami tercinta, mak & family mertua, supervisor & rakan-rakan especially wani. Dengan izin ALLAH S.W.T, segala urusan sentiasa dipermudahkan. Alhamdulillah.

FEBRUARI
As domestic engineering a.k.a suri rumah sepenuh masa. Aku lebih cenderung mempelbagaikan resepi masakan. p/s: aku memang suka masak2 ni. Tapiii.. yang nak makannya incik suami jer lah. huhu.

MAC
Alhamdulillah. Dikhabarkan berita gembira oleh supervisor (Dr. Huda), dianugerahkan sarjana kejuruteraan (elektrik) oleh senat universiti. Hoyeeeyyy.. Dah boleh konvo. Alhamdulillah. Syukur.

APRIL
Sibuk mempelajari pelbagai resepi untuk si kecil mujahidah a.k.a adawiyyah. Dan memperkenalkan solid food buat dirinya. Masa ni, adawiyyah dah 8 bulan.

MEI
It's konvo time.. Setelah suka duka, tawa tangis dan pelbagai rasa ada. Akhirnya, tamatlah sudah life sebagai seorang pelajar sarjana. Alhamdulillah.

JUN
Mulakan sesi mencari pekerjaan yang sesuai. Dalam masa yang sama hati berbelah bagi nak sambung phD ke tak? So, 2 in 1, sambil cari peluang kerja, cari jugak peluang untuk sambung belajar. Hihi.

JULAI
Update resume. Apply for jobs and continue study. Prepare proposal for phD application.

OGOS
Alhamdulillah. Dapat offer sambung belajar di USM. Kemudian dapat panggilan temuduga untuk perjawatan (pensyarah) di UNIMAP. Alhamdulillah.

SEPTEMBER
Prepare proper proposal untuk phD. Mula mencari peluang biasiswa untuk sambung belajar. e.g: MARA, MyPhD.

OKTOBER
Alhamdulillah. Dan dapat tahu keputusan temuduga UNIMAP. Diserap ke SLAB/SLAI (Skim Latihan Tenaga Pengajar Muda IPTA).

NOVEMBER
Preparation untuk sambung study dan isi borang-borang yang berkaitan dengan UNIMAP.

DECEMBER
Alhamdulillah. Pihak KPT meluluskan. Secara rasmi menjadi fellow UNIMAP. Bermulalah tanggungjawab yang agar besar untuk dipikul. Amanah yang besar. Allahukabar.



Semoga segala urusan di permudahkan pada hari ini, esok, lusa mahupun hari-hari mendatang. Semoga dapat memikul tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin. Beroleh manfaat di dunia & akhirat. InsyaALLAH.

Allahuakbar. Alhamdulillah.


Allahuma salli´alla saidina Muhammad wa´alla allihi wasahbihi wassallim (10x)

No comments:

Berbagai Hal Telah Berlaku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dah lama rasanya saya tak update blog ni. Dalam masa tersebut, pelbagai hal telah berlaku. Dengan pandem...