Wednesday, 26 November 2014

DAPUR : PUDING PIE COKLAT

Assalamualaikum w.b.t.
Bismillahirrahmanirrahim.

Sudahkah kita berselawat buat junjungan besar nabi kesayangan kita?
Nabi Muhammad s.a.w

Jom luangkan sedikit masa untuk berselawat kepada baginda.

Allahuma salli´alla saidina Muhammad wa´alla allihi wasahbihi wassallim (10x)

Alhamdulillah. Semoga kita berjaya beroleh syafaat baginda di akhirat kelak.
InsyaAllah.

Oh ya.. apa ye resepi yang nak dikongsi hari ni?


Let´s check it out..


PUDING PIE COKLAT

lapisan bawah
100gm butter dicairkan
15-20 keping biskut coklat/oreo

#kalau guna oreo ambil biskut sahaja.
~ campurkan kedua2 bahan.
~masukkan ke dalam bekas dan ratakan di dasar sambil di mampatkan.
~bakar seketika (10-15 minit) pada suhu 180°C

lapisan atas (coklat)
2 biji kuning telur
1 cawan susu segar/cair
1/4 cawan gula
1/2 cawan tepung jagung
1 1/2 bar coklat hitam/masakan

~masukkan telur, susu, gula dan tepung jagung. Kacau sebati.
~masukkan coklat dan di masak di atas api sehingga pekat.
*sentiasa kacau.
~setelah pekat. Letakkan ke atas lapisan atas. Dan tekapkan plastik di atas agar lapisan coklat kekal cantik
~bekukan di dalam peti selama 3 jam sebelum di makan.

Selamat mencuba.



No comments:

Berbagai Hal Telah Berlaku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dah lama rasanya saya tak update blog ni. Dalam masa tersebut, pelbagai hal telah berlaku. Dengan pandem...