Thursday, 12 February 2015

LIFE: UMMI PLEASE BE STRONG!!!!

Assalamualaikum w.b.t.
Bismillahirrahmanirrahim.

Sudahkah kita berselawat buat junjungan besar nabi kesayangan kita?
Nabi Muhammad s.a.w

Jom luangkan sedikit masa untuk berselawat kepada baginda.

Allahuma salli´alla saidina Muhammad wa´alla allihi wasahbihi wassallim (10x)

Alhamdulillah. Semoga kita berjaya beroleh syafaat baginda di akhirat kelak.
InsyaAllah.


UMMI... PLEASE BE STRONG!!!!!


Sejujurnya aku akui, walau setabah mana pun seorang wanita. Pasti air mata peneman setia di sisi.
ALLAHUAKBAR!!!

Lemahnya rasa.
Maafkan ummi, ummi memikul tanggungjawab lain selain daripada seorang ummi buat anakanda tercinta, Rabia'tul A'dawiyyah.

Ummi, terpaksa rela hantar A'dawiyyah ke taska untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan buat ummi.

Saat ummi pergi ambil A'dawiyyah di taska, melihat air mata dan tangisan A'dawiyyah. Sejujurnya ummi terasa lemah. Allahuakbar!!!

Maafkan ummi sayang. A'dawiyyah perlu cepat sesuaikan diri ye sayang?
Ummi yakin, A'dawiyyah  seorang anak yang bijak untuk menyesuaikan diri.

YA ALLAH!!
Berikanlah kekuatan kepada diriku dan anakanda ku tercinta, Rabia'tul A'dawiyyah untuk kuat dan tabah hadapi situasi ini.
Jagakanlah anakandaku, Rabia'tul A'dawiyyah sebaik mungkin.
Sesungguhnya Rabia'tul A'dawiyyah adalah amanah dan pinjaman daripadaMU  YA ALLAH.
Jagakan dirinya buatku YA ALLAH.

*habuk banyak pulak masuk mata*




No comments:

Berbagai Hal Telah Berlaku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dah lama rasanya saya tak update blog ni. Dalam masa tersebut, pelbagai hal telah berlaku. Dengan pandem...