Thursday, 5 March 2015

LIFE: Terima kasih di atas segala pengorbanan.

Assalamualaikum w.b.t.
Bismillahirrahmanirrahim.

Sudahkah kita berselawat buat junjungan besar nabi kesayangan kita?
Nabi Muhammad s.a.w

Jom luangkan sedikit masa untuk berselawat kepada baginda.

Allahuma salli´alla saidina Muhammad wa´alla allihi wasahbihi wassallim (10x)

Alhamdulillah. Semoga kita berjaya beroleh syafaat baginda di akhirat kelak.
InsyaAllah.


Terima kasih suami tercinta, Alif Bahari Abu Bakar.
Terima kasih anakku tersayang, Rabia'tul A'dawiyyah Alif Bahari.
Terima kasih buat emak, Chik Mohamed & arwah ayah, Che Yob Othman.
Terima kasih mak & abah mertuaku, Ruhana & Abu Bakar.
Terima kasih buat seluruh keluargaku.

TERIMA KASIH.

Sungguh besar pengorbanan yang abang dan A'dawiyyah berikan buat sayang & ummi.
Semoga Allah S.W.T memberikan yang terbaik buat abang & A'dawiyyah.
Semoga ALLAH S.W.T sentiasa mempermudahkan segala urusan kita. InshaaALLAH.

Semoga segala pengorbanan abang & A'dawiyyah akan berolehi balasan yang lebih baik daripada ALLAH S.W.T. InshaaALLAH.

Maafkan ummi, A'dawiyyah. Ummi terpaksa hantar A'dawiyyah ke taska. Walaupun, A'dawiyyah masih belum tahu apa-apa. Terima kasih di atas pengorbanan yang diberikan. Semoga ALLAH S.W.T jagakan A'dawiyyah buat ummi & walid sepanjang berada di taska.
Maafkan ummi, sayang.
Terima kasih di atas pengorbanan A'dawiyyah buat ummi.

Maafkan sayang, abang. Andai ada urusan rumahtangga kita yang sayang terlepas tangan. Yang sayang tak mampu untuk buatkan yang terbaik. Terima kasih kerana memahami sayang. Terima kasih di atas segalanya.

YA ALLAH, permudahkan urusan pengajian PhD ku ini. Janganlah Engkau lambatkan walaupun sejam daripada tempoh masa yang diberikan buat diriku untuk menamatkan perjalanan PhD ini. Lebih baik andai ianya dipercepatkan daripada tempoh masa yang diberikan.

Segalanya mudah buatMu YA ALLAH.
Maka, Engkau permudahkanlah ianya buat diriku ini.

YA ALLAH, kuasa tahu itu hanya milikMU. Aku tidak tahu apa-apa YA ALLAH.
Permudahkanlah untuk aku dapatkan ilmu yang bermanfaat.
Permudahkanlah segala urusan sepanjang pengajian PhD ku ini YA ALLAH.
Permudahkanlah segalanya. Janganlah Engkau persulitkannya YA ALLAH.

Sekiranya orang kafir pun, Engkau berikan nikmat kejayaan. Maka, berikanlah juga untuk diriku yang serba lemah ini.
Permudahkanlah untuk aku menjalani perjalanan kehidupan ini.
Berikanlah kejayaan kepada diriku, suamiku, anak-anakku, ibuku, arwah ayahku, mak & abah mertuaku serta kaum keluargaku YA ALLAH.

Panjangkanlah usia kami.
Berikanlah kesihatan yang baik buat kami.
Peliharalah keselamatan kami YA ALLAH.

Hanya kepadaMU tempat aku berserah.
Aku hanya insan yang hina. Yang tak layak ke syurgaMU. Namun, tidaklah pula aku sanggup untuk ke nerakaMU YA ALLAH.

Kumpulkanlah kami semua di dalam syurgaMU.
Berikanlah kitab amalan kami pada tangan kanan.
Permudahkanlah untuk kami lalui titian siratulmustaqimMU sepantas kilat.
Berikanlah kebahagiaan buat kami, di dunia & akhirat.

Aamiin.
Aamiin.
Aamiin.

Ya Rabbal' Allamin.




No comments:

Berbagai Hal Telah Berlaku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dah lama rasanya saya tak update blog ni. Dalam masa tersebut, pelbagai hal telah berlaku. Dengan pandem...