Tuesday, 7 April 2015

LIFE : Mungkin Kecil Bagi Kita, Tapi Besar Nilainya Bagi Orang Lain

Assalamualaikum w.b.t.
Bismillahirrahmanirrahim.

Sudahkah kita berselawat buat junjungan besar nabi kesayangan kita?
Nabi Muhammad s.a.w

Jom luangkan sedikit masa untuk berselawat kepada baginda.

Allahuma salli´alla saidina Muhammad wa´alla allihi wasahbihi wassallim (10x)

Alhamdulillah. Semoga kita berjaya beroleh syafaat baginda di akhirat kelak.
InsyaAllah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi tadi semasa di kaunter bayaran. Ada seorang pelajar degree India sedang bayar makanan yang hendak dibelinya. Selepas acik cashier kira, jumlahnya RM5.10. Namun, di tangan budak tersebut hanya ada sekeping note RM5. Dengan serta merta, budak itu cakap, "takpalah, tak payah kira roti ini".

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Allah S.W.T gerakkan hati aku untu keluarkan 10sen dan berikan pada acik cashier dan berkata, " it's ok. just proceed". Dan budak tersebut terus cakap, "terima kasih".

SubhanaALLAH. Nilainya nampak kecil bagi kita. Namun, besar bagi orang lain. Dengan hanya kurang 10sen. Budak tersebut sanggup tak beli roti. Semoga ALLAH S.W.T akan sentiasa bukakan hati aku untuk membantu orang sekeliling yang memerlukan bantuan. InshaALLAH

Alhamdulillah. Terima kasih ALLAH S.W.T atas nikmat rezeki yang dikurniakan buat diriku dan keluarga.
Jadikan diriku sentiasa istiqamah dalam kebaikan YA ALLAH.
InshaALLAH.


No comments:

Berbagai Hal Telah Berlaku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dah lama rasanya saya tak update blog ni. Dalam masa tersebut, pelbagai hal telah berlaku. Dengan pandem...