Showing posts with label Nikmat Rezeki. Show all posts
Showing posts with label Nikmat Rezeki. Show all posts

Thursday, 14 July 2016

KEMATIAN ITU PASTI.

Bismillahirrahmanirrahim.

Lama tak update blog. Tetiba update dengan tajuk yang suspen pulak kan?
Huhu.
Actually, sejak akhir-akhir ini banyak sangat berita tentang kematian yang akan dengar.
Allahuakbar.
Kematian insan-insan yang berada disekeliling.
Yang dijemput tepat pada masa dan ketikanya, namun secara tiba-tiba bagi kita umat yang lalai.
Sesungguhnya, aku tidak kuat sekiranya ujian sebegitu ditimpakan ke atas diriku.
Suami aku pi kursus 3 hari pun dah tak senang duduk.
Inikan pulak dijemput untuk selama-lamanya.
YA. Memang betul, benar, SUAMI hanya pinjaman. Semua harta benda, ahli keluarga, rakan-rakan hatta yang ada dengan kita seperti anggota badan, pakaian, hanyalah PINJAMAN ALLAH S.W.T kepada kita.
Namun, untuk menghadapinya tidak semudah yang difikirkan.
Apa yang mampu aku lakukan hanya berdoa. Semoga ALLAH campakkan kekuatan, kesabaran di dalam hati insan-insan yang diuji tersebut.
Aku berdoa moga ALLAH SWT tidak uji aku dengan kehilangan suami tercinta.

YA ALLAH PANJANGKANLAH UMUR SUAMIKU DALAM KEBERKATANMU.
LIMPAHKAN LAH KASIH SAYANG DI ANTARA KAMI SEHINGGA KE SYURGAMU.

ALLAHUAKBAR.

Aku tidak kuat dan mohon dijauhkan daripada diuji dengan hal sedemikian rupa.

YA ALLAH, TERIMA KASIH PANJANGKAN UMUR SUAMIKU & ANAK-ANAK SERTA AHLI KELUARGA YANG LAIN.

TERIM KASIH JALINANKAN KASIH SAYANG DI ANTARA KAMI SEHINGGA KE SYURGAMU.

TERIMA KASIH YA ALLAH, SENTIASA LIMPAHKAN REZEKI YANG TIDAK PUTUS-PUTUS.


TERIMA KASIH YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM.

DI ATAS SEGALA NIKMAT-NIKMATMU BUAT DIRIKU, SUAMI, ANAK-ANAK & AHLI KELUARGA.



TERIMA KASIH YA ALLAH, SAYANGKAN KAMI SEMUA DAN REDHA DENGAN SETIAP HAL YANG KAMI LAKUKAN.

TERIMA KASIH.

Thursday, 7 May 2015

LIFE: Alhamdulillah. Syukur padaMu YA ALLAH.

Assalamualaikum w.b.t.
Bismillahirrahmanirrahim.

Sudahkah kita berselawat buat junjungan besar nabi kesayangan kita?
Nabi Muhammad s.a.w

Jom luangkan sedikit masa untuk berselawat kepada baginda.

Allahuma salli´alla saidina Muhammad wa´alla allihi wasahbihi wassallim (10x)

Alhamdulillah. Semoga kita berjaya beroleh syafaat baginda di akhirat kelak.
InsyaAllah.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

syukur ke hadrat ALLAH S.W.T di atas segala nikmat rezeki, kesihatan, kebahagian, kelapangan, ketenangan, kegembiraan dll.

SUBHANALLAH!!
ALLAHUAKBAR!!!

Terlalu banyak nikmat yang ALLAH S.W.T berikan buat diriku sekeluarga.
YA ALLAH. Lindungilah kami daripada kufur nikmat.
Jadikanlah diri-diri kami istiqamah dalam melakukan kebaikan kepadaMU YA ALLAH.
Semoga semakin banyak nikmat yang Engkau limpahi dan kurniakan buat kami,
Jadikan kami lebih dekat dan taat dengan perintah dan suruhanMu YA ALLAH.

Aamiin. Ya Rabbal a'llaamiin.

Allahumma aamiin.


p/s: jom solat dhuha dulu yukk.
banyak yang berada di dalam fikiran untuk di kongsi bersama.
InshaALLAH. Selesai luangkan masa dengan ALLAH S.W.T., aku akan cuba kongsikan apa yang terbuku di hati ya? Hihi.
Daaaa...

Assalamualaikum w.b.t.

Semoga dipanjangkan umur bersua kembali.
Hihi.

Tuesday, 7 April 2015

LIFE : Mungkin Kecil Bagi Kita, Tapi Besar Nilainya Bagi Orang Lain

Assalamualaikum w.b.t.
Bismillahirrahmanirrahim.

Sudahkah kita berselawat buat junjungan besar nabi kesayangan kita?
Nabi Muhammad s.a.w

Jom luangkan sedikit masa untuk berselawat kepada baginda.

Allahuma salli´alla saidina Muhammad wa´alla allihi wasahbihi wassallim (10x)

Alhamdulillah. Semoga kita berjaya beroleh syafaat baginda di akhirat kelak.
InsyaAllah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi tadi semasa di kaunter bayaran. Ada seorang pelajar degree India sedang bayar makanan yang hendak dibelinya. Selepas acik cashier kira, jumlahnya RM5.10. Namun, di tangan budak tersebut hanya ada sekeping note RM5. Dengan serta merta, budak itu cakap, "takpalah, tak payah kira roti ini".

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Allah S.W.T gerakkan hati aku untu keluarkan 10sen dan berikan pada acik cashier dan berkata, " it's ok. just proceed". Dan budak tersebut terus cakap, "terima kasih".

SubhanaALLAH. Nilainya nampak kecil bagi kita. Namun, besar bagi orang lain. Dengan hanya kurang 10sen. Budak tersebut sanggup tak beli roti. Semoga ALLAH S.W.T akan sentiasa bukakan hati aku untuk membantu orang sekeliling yang memerlukan bantuan. InshaALLAH

Alhamdulillah. Terima kasih ALLAH S.W.T atas nikmat rezeki yang dikurniakan buat diriku dan keluarga.
Jadikan diriku sentiasa istiqamah dalam kebaikan YA ALLAH.
InshaALLAH.


Berbagai Hal Telah Berlaku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dah lama rasanya saya tak update blog ni. Dalam masa tersebut, pelbagai hal telah berlaku. Dengan pandem...