Thursday, 14 July 2016

KEMATIAN ITU PASTI.

Bismillahirrahmanirrahim.

Lama tak update blog. Tetiba update dengan tajuk yang suspen pulak kan?
Huhu.
Actually, sejak akhir-akhir ini banyak sangat berita tentang kematian yang akan dengar.
Allahuakbar.
Kematian insan-insan yang berada disekeliling.
Yang dijemput tepat pada masa dan ketikanya, namun secara tiba-tiba bagi kita umat yang lalai.
Sesungguhnya, aku tidak kuat sekiranya ujian sebegitu ditimpakan ke atas diriku.
Suami aku pi kursus 3 hari pun dah tak senang duduk.
Inikan pulak dijemput untuk selama-lamanya.
YA. Memang betul, benar, SUAMI hanya pinjaman. Semua harta benda, ahli keluarga, rakan-rakan hatta yang ada dengan kita seperti anggota badan, pakaian, hanyalah PINJAMAN ALLAH S.W.T kepada kita.
Namun, untuk menghadapinya tidak semudah yang difikirkan.
Apa yang mampu aku lakukan hanya berdoa. Semoga ALLAH campakkan kekuatan, kesabaran di dalam hati insan-insan yang diuji tersebut.
Aku berdoa moga ALLAH SWT tidak uji aku dengan kehilangan suami tercinta.

YA ALLAH PANJANGKANLAH UMUR SUAMIKU DALAM KEBERKATANMU.
LIMPAHKAN LAH KASIH SAYANG DI ANTARA KAMI SEHINGGA KE SYURGAMU.

ALLAHUAKBAR.

Aku tidak kuat dan mohon dijauhkan daripada diuji dengan hal sedemikian rupa.

YA ALLAH, TERIMA KASIH PANJANGKAN UMUR SUAMIKU & ANAK-ANAK SERTA AHLI KELUARGA YANG LAIN.

TERIM KASIH JALINANKAN KASIH SAYANG DI ANTARA KAMI SEHINGGA KE SYURGAMU.

TERIMA KASIH YA ALLAH, SENTIASA LIMPAHKAN REZEKI YANG TIDAK PUTUS-PUTUS.


TERIMA KASIH YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM.

DI ATAS SEGALA NIKMAT-NIKMATMU BUAT DIRIKU, SUAMI, ANAK-ANAK & AHLI KELUARGA.



TERIMA KASIH YA ALLAH, SAYANGKAN KAMI SEMUA DAN REDHA DENGAN SETIAP HAL YANG KAMI LAKUKAN.

TERIMA KASIH.

No comments:

Berbagai Hal Telah Berlaku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dah lama rasanya saya tak update blog ni. Dalam masa tersebut, pelbagai hal telah berlaku. Dengan pandem...