G.O.T
Graduate On Time
Apakah yang dimaksudkan graduate on time ni?
Bagi semua pelajar postgraduate, G.O.T pastinya menjadi impian terutama bagi sesiapa yang ditaja. Huhu.
Tempoh maksimum untuk PhD sepenuh masa: 5 Tahun.
Tempoh minimum: 2 Tahun.
Tempoh yang dikenali sebagai G.O.T: 3 Tahun.
Kebanyakkan yang menerima tawaran biasiawa/tajaan selalunya akan diberi masa selama 3 tahun untuk menamatkan pengajian.
Apa jadi kalau tak dapat G.O.T?
Tak menjadi masalah. Masih boleh meneruskan pengajian sehingga tempoh masa 5 Tahun. Selepas 5 Tahun masih tidak dapat menamatkan pengajian. Itu yang menjadi masalahnya. Sebab akan dikira GAGAL. Cumanya, andai tidak dapat G.O.T, akan ada lah suara-suara sumbang yang tidak enak. Huhu. Biasalah kan. Orang hanya nak tau kejayaan. Proses untuk mendapatkan kejayaan itu, tak ada siapa ambil peduli. Huhu.
Masa itu, pekak kan telinga, cekalkan hati & diamkan diri. Sebab nanti kalau buka mulut, lain pulak jadinya. Terpulanglah apapun yang nak dikatakan. Yang nak hadap segala suka duka. Diri kita jer. So, pujuklah hati & diri sendiri. Uhukkk...


No comments:
Post a Comment