Saturday, 22 March 2014

LIFE: Proses Kelahiran

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah. Syukur ALLAH S.W.T yang telah mempermudahkan segala urusan untuk melahirkan seorang puteri ke dunia ini. Syukur YA ALLAH di atas bantuanMU. 

Rentetan kisah:
25 OGOS 2014 (AHAD)

Sebelum incik suami nak balik ke lenggong, ada keluar lendir dan darah. Tapi masa tue buat biasa lagi. Ingat takde apa-apa. Setelah incik suami, siap makan. Dah siap-siap nak balik lenggong. Incik suami bergerak dari rumah, aku pun masuk toilet sebab terasa nak terkucil. Sekali tengok ada lagi lendir dan darah. Ouchh. Dah pelik. "Eh dah nak bersalin ke?"

Terus keluar toilet bagitahu mak. Mak cakap,"tanda nak bersalin apa. Call alif, tanya ada kat mana dah? Suh dia bawa gi jumpa Dr dulu cek".

Aku pun terus capai fon dan telefon incik suami bagitahu mak suh bawa gi klinik dulu cek. Masa tue incik suami dah dekat jalan nak ke FELDA CHUPING. So, incik suami pun patah balik. Aku pulak siap-siap barang terus. Kang kalau betul nak bersalin, senang kan.

Sepanjang perjalanan nak ke INS tue, dalam hari dok berzikir seperti dibawah:


Sambil tue, dalam kereta sempat dok bergelak dengan anak buah aku lagi. Tapi sebenarnya dalam hati hanya tuhan jer tahu. 

Sampai jer di INS dah pukul 5 lebih. Sepatutnya dah habis masa jumpa Dr. Nasib baik masa masuk tue, terus nampak nurse yang selalu ada dengan Dr. Terus cakap dekat dia yang ada keluar lendir + darah. Dia pun cakap, "kejap, saya panggil Dr. Dr, ada dekat atas tengah melawat pesakit dia". Aku pun,"Ok". Sekejap kemudian, nampak Dr turun diiringi dengan nurse. Nurse tue pandang dan terus cakap,"Ok, Jom masuk". Aku dengan incik suami pun bingkas bangun dan masuk bilik Dr.

Dr. tengok dan cakap," Dah ada keluar lendir + darah ye?". Aku pun mengiakan. Kemudian Dr cakap," Ok, meh kita cek dulu. Dah buka laluan belum". Bila Dr cek, tengok-tengok masa tue dah buka 4cm. Dr tanya,"nak bersalin kat sini?". Aku dan incik suami cakap,"aah". Pendek dan ringkas jer respon kitaorang. Hihi. Dr terus tulis-tulis dekat rekod dia. Dan cakap,"kejap lagi naik atas ye? Ikut nurse tue", sambil menuding jari kepada nurse yang perlu diikut.

Bila keluar dari bilik Dr, terus pergi ambil barang kat kereta. Incik suami bayar duit pendaftaran. Dan nurse suruh buka semua barang kemas. Setelah aku buka semua barang kemas dan bagi dekat mak aku. Aku dan incik suami pun ikut nurse naik atas. Terus masuk labour room. Masa persediaan awal di labour room. Incik suami tak masuk lagi. Aku masuk sorang jer. Tukar baju semua. Dan nurse masukkan ubat untuk poo poo. Sebelum masuk sempatlah incik suami pesan suruh tenang semua.. bla.. blaa. blaaa..

Kejap jer pas diorang masukkan ubat, terus rasa nak poo poo.. Setelah poo poo. Nurse datang letak monitor untuk baby kot. Then, masukkan air kat tangan. Pastu nurse cakap," nanti kalau rasa sakit bagitahu ye?". Tak lama lepas tue rasa sakit mula menjelma. Rasa macam nak poo poo. Uikshhh.. Terus panggil nurse. Nurse cakap, "puan jangan meneran tau. cuba tarik nafas bila rasa sakit". Dan dia terus panggil nurse sorang lagi. Maybe ketua nurse kot untuk cek laluan dah buka berapa. Masa nurse tue cek, laluan dah buka 8cm. Diorang terus call Dr untuk naik atas.

Tak lama lepas tue Dr sampai dan incik suami masuk. Incik suami pegang tangan sambil cakap, "ALLAH. ALLAH. ALLAH". Dan Dr suruh push. Nurse disebelah sangat membantu. Bila masa sesuai untuk push. Dia akan cakap, "Ok, push sekarang". Bila aku push, dia cakap," Ok, bagus. Sikit lagi". Sambil tue incik suami jugak cakap," Dah nampak kepala dah, sikit lagi". 

Alhamdulillah, pukul 7.25 malam selamat lahirnya seorang puteri. Setelah bersalin, aku pandang jam. Dan nurse senyum sambil cakap, "tahniah". Setelah baby lahir, Dr suruh incik suami ikut nurse untuk azankan baby. Sementara Dr menyelesaikan hal-hal lain. Masa dijahit semua, dah tak sedar. Huhu. Masa sedar dah pukul 9 lebih kalau tak silap. Bila sedar, nurse bawa ke wad.

Alhamdulillah. ALLAH S.W.T mempermudahkan segala urusan untuk melahirkan seorang puteri ke dunia. Secara peribadi, apa yang aku boleh kongsikan. Amalan kita semasa mengandung jugak mempermudahkan urusan kita untuk bersalin dengan izinNYA. InsyaALLAH.

Masa preggy aku kerap membaca al-quran. Paling kurang sehari 1 muka surat serta yassin. Dan zikir di atas tak pernah lupa untuk di ucapkan. Dan berdoa kepada ALLAH S.W.T.

Selain itu, aku juga buat solat hajat, solat tahajud, solat taubat. Oh ye, semasa aku preggy 7 bulan, incik suami dan rakan-rakan dia ada buatkan bacaan yassin, tahlil dan solat hajat berjemaah. Mak mertua aku pun ada buatkan juga.

Alhamdulillah, dengan izinNYA. Segala urusan dipermudahkan olehNYA. 
ALHAMDULILLAH.





No comments:

Berbagai Hal Telah Berlaku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dah lama rasanya saya tak update blog ni. Dalam masa tersebut, pelbagai hal telah berlaku. Dengan pandem...