Sunday, 20 April 2014

LIFE: Sky Juice a.k.a Air Kosong

Bismillahirrahmanirrahim...

Mesti semua orang tahu samada sedar ke tak, badan kita AMAT MEMERLUKAN air kosong.
Secara umumnya, setiap manusia memerlukan air yang agak banyak dan ianya bergantung kepada berat kita.


25KG = 1L
50KG = 2L
75KG = 3L


So, berat aku 55KG. Badan aku memerlukan 2L++. Tapi untuk minum air kosong sebanyak itu dalam masa sehari bukanlah sesuatu yang mudahkan? Huhu. Kecuali seseorang itu memang dah konsisten minum air kosong dari kecil. Hahaha..

Tapi ianya bukan sesuatu tak mustahil. Kita banyak jer alasan kan. So, jom try cara nie. Sikit-sikit lama-lama insyaALLAH akan menjadi kebiasaan. =)


Sebagai seorang MUSLIM, kita akan solat 5 hari sehari kan. So, sebelum dan selepas solat kita boleh cuba minum 500ml. Sebelum solat 250ml. Selepas solat pulak 250ml.

5 x 500ml =2.5L

See, dah leh minum 2.5L sehari. Hihi. =) Pastikan air sentiasa ada disisi kita. =) Meh kita sama-sama istiqamah mengamalkannya. =)

Selain daripada itu, waktu yang disyorkan minum air kosong adalah:

1. Sebaik bangun tidur (2 gelas)
membantu pengaktifan organ dalaman

2. Selepas mandi (1 gelas)
membantu mengurangkan tekanan darah rendah

3. Sebelum makan (1 gelas)
membantu sistem penghadaman

4. Sebelum tidur
membantu mengelakkan serangan jantung dan strok


Nampak tak betapa pentingnya air kosong untuk sistem badan kita. So, mari berubah dan memperbanyakkan minum air kosong. Biar minum sedikit tapi kerap. Apa? SEDIKIT TAPI KERAP!!!

Untuk kita tahu samada kita telah minum air kosong yang mencukupi untuk badan ke tak? Jom masuk TOILET!!! Hahaha.. Oppsss.. Nak buat apa masuk toilet? Cek air kencing kita. Hihihi.


JOM BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG!!!




No comments:

Berbagai Hal Telah Berlaku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dah lama rasanya saya tak update blog ni. Dalam masa tersebut, pelbagai hal telah berlaku. Dengan pandem...