Thursday, 30 October 2014

DAPUR: RESEPI AYAM BUTTERMILK

Bismillahirrahmanirrahim..

Jom kita mulakan hari kita dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Allahumma salli'alla saidina Muhammad wa'alla allihi wasahbihi wassalim (3x)

Alhamdulillah. Semoga kita mendapat syafaat baginda di akhirat kelak. Amiin.

Hari ini aku nak share resepi Ayam Buttermilk.

Maaf gambar tak sempat nak ambillah. Hihi.


BAHAN-BAHAN
1. Ayam - potong kecil2
2. 1 s/b serbuk kari
3. 2 s/b tepung jagung
4. 2 s/b tepung gandum
5. garam + gula
6. 1/2 tin susu cair (ikut kuantiti masakan lah ye)
7. 3 s/b butter
8. daun kari
9. 3 biji bawang merah/1bj bawang besar -  dipotong dadu
10. 1 ulas bawang putih - diketuk
11. 6 biji cili padi (ikut tahap kepedasan masing2)

CARA MEMASAK
1. Gaulkan ayam dengan garam + serbuk kari - gaul rata.
2. Masukkan tepung jagung + tepung gandum - gaul rata dan gorengkan. Setelah masak kekuningan, toskan & ketepikan.
3. Cairkan butter. Kemudian tumiskan bawang putih, merah/besar, cili padi + daun kari sehingga wangi.
4. Masukkan susu cair - biarkan mendidih. Perasakan dengan garam + gula.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng. Siap untuk dihidang bersama nasi panas.


SELAMAT MENCUBA.

p/s: kalau sedap nanti tinggalkan komen ye? Hihi.


No comments:

Berbagai Hal Telah Berlaku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dah lama rasanya saya tak update blog ni. Dalam masa tersebut, pelbagai hal telah berlaku. Dengan pandem...