Saturday, 8 November 2014

LIFE : Rezeki

Bismillahirrahmanirrahim..

Jom kita mulakan hari kita dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Allahumma salli'alla saidina Muhammad wa'alla allihi wasahbihi wassalim (3x)

Alhamdulillah. Semoga kita mendapat syafaat baginda di akhirat kelak. Amiin.

Bila mempersoalkan tentang rezeki. Ianya terlalu umum untuk dibahaskan.

Sesungguhnya rezeki ALLAH itu sangat luas. Tak terjangkau di akal kita sebagai manusia yang hina untuk memikirkannya. Semuanya tak mustahil.

Allahuakbar!!!

Hina dan kerdilnya diri. Terlalu banyak dosa-dosa yang sedar mahupun tidak sedar dilakukan. Maafkan hambaMu yang hina ini YA ALLAH.

Disini aku nak kongsikan beberapa amalan yang boleh diamalkan agar rezeki sentiasa ada dan mendapat keberkatan daripada ALLAH S.W.T.


Amalan murah rezeki
Hadiahkan Al-Fatihah buat mak ayah, nabi Muhammad s.a.w dan seluruh umat islam
Solat sunat dhuha
Mendoakan orang lain
Bersedekah
Membaca surah Al-Waqiah & Ar-Rahman
Perbanyakkan istighfar & selawat
Solat tahajjud



Terlalu banyak amalan yang boelh dilakukan agar sentiasa dimurahkan rezeki. Apa yang aku kongsikan ini adalah sebahagian amalan yang boleh diamalkan. Semoga kita istiqamah melakukannya. InsyaALLAH.


No comments:

Berbagai Hal Telah Berlaku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dah lama rasanya saya tak update blog ni. Dalam masa tersebut, pelbagai hal telah berlaku. Dengan pandem...