Wednesday, 12 November 2014

DAPUR: Sambal Sotong Sumbat & Sayur Bunga Kubis

Bismillahirrahmanirrahim...

Nak resepi tak? Hihi.
Meh nak share resepi simple dimple ye?

SAMBAL SOTONG SUMBAT
Bahan-bahan untuk sumbat
kentang - direbus
telur
bawang merah + putih
garam
carrot
lada putih/hitam

*tumiskan bawang - masukkan garam + pecahkan telur +carrot - kacau untuk dijadikan telur hancur.
*satukan telur hancur dan kentang yang telah direbus dan dilenyekkan. Kemudian dimasukkan/sumbat ke dalam sotong. Biar sotong nampak montok2 gitu. Hihi.



Bahan-bahan untuk sambal
bawang merah + putih
air asam jawa
cili kering/pes cili
garam + gula

*tumiskan bawang + pes cili sehingga wangi.
*masukkan air asam jawa + garam + gula.
* masukkan sotong sumbat.
*biarkan mendidih sehingga sotong masak.
*siap untuk dihidangkan.

Disebabkan ada lebihan telur hancur. So aku pun masak sayur kubis bunga. Kita campak-campak jer.


SAYUR KUBIS BUNGA
kubis bunga
cili merah
carrot - potong mancis
bawang putih - untuk menumis
garam

*tumiskan bawang putih sehingga wangi. Masukkan air. Biarkan air mendidih.
*masukkan lebihan telur hancur + carrot. Biarkan seketika agar carrot masak.
*masukkan kubis bunga + cili merah. Perasakan dengan garam.
Siaaapppp...


Simple dimple.
Hihi.


No comments:

Berbagai Hal Telah Berlaku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dah lama rasanya saya tak update blog ni. Dalam masa tersebut, pelbagai hal telah berlaku. Dengan pandem...