Friday, 14 November 2014

LOVE: 2nd Anniversary

Bismillahirramanirrahim...

Marilah kita terlebih dahulu berselawat buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w

Allahumma salli´alla saidina Muhammad wa´alla allihi wasahbihi wassalim (3x)

Alhamdulliah. Semoga kita beroleh syafaat nabi pada hari akhirat kelak. Aamiin.



Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Pada 10 November 2014, genaplah 2 tahun usia perkahwinan ku. Alhamdulillah dikurniakan suami yang selalu berada disisi saat suka duka. Suami yang penyayang, penyabar, memahami dll. Terlalu banyak sikap2 yang menyenangkan. Alhamdulillah.

Terima kasih Allah S.W.T kurniakan seorang suami yang hebat dan seorang walid yang penyayang di dalam keluarga kecil kami.

Sesungguhnya masih jauh perjalanan alam perkahwinan ini. Semoga hari-hari mendatang sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang. InsyaAllah.

Ikutkan aku nak celebrate atau dalam erti kata lain nak suprisekan suami pada hari isnin iaitu 10/11/14. Tapi disebabkan penat yang amat sangat setelah mengikuti rombongam sekolah incik suami pada 8-9/11/14. So aku postpone kan pada 11/11/14.

Seawal pagi, setelah incik suami pergi ke sekolah. Aku dah mula sibuk. 

Basuh baju + buat kek + decoration.

Dah namanya ikut rombongan kan. Kompem2 lah banyak baju yang perlu dibasuh. Baju jer 4 mesin perlu dibasuh. Maknanya 4 x lah perlu basuh baju. Sambil tu aku buatlah kek. 

Aku buat kek kukus milo jer. Dan untuk makanan utama. Aku masak nasi pilaf + chickenchop. Dah nama chickenchop, so mestilah ada kentang lenyek, sos blackpaper + coleslow.

Bila aku dah siapkan adunan kek untuk dikukus. So sambil2 tue aku buatlah coleslow + kentang lenyek.

Setelah siap, aku sibuk pulak buat decoration. Sambil membasuh baju. Semua perlu buat cepat sebelum puteri kesayangan terjaga. Disepanjang aku tengah sibuk tue, Adawiyyah adalah terjaga 2 3 x. Tapi lepas menyusu nasib baik dia tidur semula. Huhu.

Setelah aku siap2 sediakan semua keperluan untuk decoration, aku pun masak nasi pilaf. Setelah aku selesaikan tumis menumis untuk nasi pilaf tersebut. Dan biarkan rice cooker jalankan tugasnya. Aku pun mulakan decoration.

Tengah rancak aku mendeco. Adawiyyah dah bangun dan tak nak sambung tido dah. Mmmm. So, aku ajaklah dia sekali men´deco.. huhu. Walhal mengacau lah kan. Hihi.

Alhamdulillah. Nasib baik sempat untuk aku siapkan decoration sebelum incik suami balik dari kerja.

Tapi kannn... Masa incik suami balik dari kerja, aku tengah masak sos blackpaper dan goreng ayam. Huhu.

Mmmm. Itulah jugak sebab tak sempat nak ambil gambar. Huhu.

Cuma gambar decoration + kek jer ada. Huhu.

p/s: nanti aku sharekan resepi semua juadah yang aku sediakan ye? Hihi.


No comments:

Berbagai Hal Telah Berlaku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dah lama rasanya saya tak update blog ni. Dalam masa tersebut, pelbagai hal telah berlaku. Dengan pandem...