Showing posts with label Suami Isteri. Show all posts
Showing posts with label Suami Isteri. Show all posts

Thursday, 16 July 2015

LOVE: HAppy BirThdaY AbaNG

Bismillahirrahmanirahim..

Terima kasih ALLAH S.W.T berikan suami yang sempurna di mataku.
Suami yang penyayang.
Suami yang penyabar.
Suami yang memahami.
Suami yang sentiasa membantu.
Suami yang sentiasa ada di sisi.
Suami yang supportive.
Suami yang sporting.
Suami yang caring.
  ALL IN ONE!!


Tiada insan lain yang mampu menjadi sesempurna abang untuk melengkapi kehidupan sayang & anak-anak2.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Terima kasih ALLAH S.W.T.
Terima kasih ALLAH S.W.T.
Terima kasih ALLAH S.W.T.

Selamat Hari Lahir.

Semoga ALLAH S.W.T panjangkan usia abang dalam keberkatanNYA.
Sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dikurniakan kudrat yang SUPER POWER. Hihi.
Diterima segala amalan, diberikan kekuatan untuk istiqamah beribadah kepadaNYA.
Dipanjangkan kasih sayang diantara kita sehingga ke SYURGANYA.

ALIF BAHARI BIN ABU BAKAR
LOVE U EVERYDAY MORE AND MORE.

Muuahhxxx.. XOXO.

Friday, 14 November 2014

LOVE: 2nd Anniversary

Bismillahirramanirrahim...

Marilah kita terlebih dahulu berselawat buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w

Allahumma salli´alla saidina Muhammad wa´alla allihi wasahbihi wassalim (3x)

Alhamdulliah. Semoga kita beroleh syafaat nabi pada hari akhirat kelak. Aamiin.

Wednesday, 12 November 2014

DAPUR: Sambal Sotong Sumbat & Sayur Bunga Kubis

Bismillahirrahmanirrahim...

Nak resepi tak? Hihi.
Meh nak share resepi simple dimple ye?

SAMBAL SOTONG SUMBAT
Bahan-bahan untuk sumbat
kentang - direbus
telur
bawang merah + putih
garam
carrot
lada putih/hitam

*tumiskan bawang - masukkan garam + pecahkan telur +carrot - kacau untuk dijadikan telur hancur.
*satukan telur hancur dan kentang yang telah direbus dan dilenyekkan. Kemudian dimasukkan/sumbat ke dalam sotong. Biar sotong nampak montok2 gitu. Hihi.



Bahan-bahan untuk sambal
bawang merah + putih
air asam jawa
cili kering/pes cili
garam + gula

*tumiskan bawang + pes cili sehingga wangi.
*masukkan air asam jawa + garam + gula.
* masukkan sotong sumbat.
*biarkan mendidih sehingga sotong masak.
*siap untuk dihidangkan.

Disebabkan ada lebihan telur hancur. So aku pun masak sayur kubis bunga. Kita campak-campak jer.


SAYUR KUBIS BUNGA
kubis bunga
cili merah
carrot - potong mancis
bawang putih - untuk menumis
garam

*tumiskan bawang putih sehingga wangi. Masukkan air. Biarkan air mendidih.
*masukkan lebihan telur hancur + carrot. Biarkan seketika agar carrot masak.
*masukkan kubis bunga + cili merah. Perasakan dengan garam.
Siaaapppp...


Simple dimple.
Hihi.


Tuesday, 15 July 2014

LOVE: Sanah Helwah SyurgaKU

YA ALLAH
Aku tak selalu ada untuknya, namun Engkau ada.
Aku tak tahu apa yang terbaik untuknya, namun Engkau tahu.
Aku selalu mengecewakannya, namun Engkau takkan sesekali membuatnya.
Aku tak menyayanginya selayaknya, namun kasih sayangMu buatnya melimpah ruah.
Aku tak cukup sabar melayani kerenahnya, namun Engkau tak pernah jemu dengan sikapnya.

Thursday, 6 March 2014

LOVE: Bertukar status

Bismillahirrahmanirrahim...

2012 memberikan banyak makna dan detik peting dalam kehidupan aku. Awal 2012, risik merisik. Hujung 2012 tunang dan nikah. Pada 10.11.12 selepas zohor, aku bertunang dengan si jantung hati pengarang jantung. Hihi. Alhamdulillah. 


Dan malamnya, tepat pukul 10.30 malam, dengan sekali lafaz, aku telah sah menjadi isteri buat insan bernama ALIF BAHARI BIN ABU BAKAR.

Berbagai Hal Telah Berlaku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dah lama rasanya saya tak update blog ni. Dalam masa tersebut, pelbagai hal telah berlaku. Dengan pandem...