Showing posts with label air tangan. Show all posts
Showing posts with label air tangan. Show all posts

Saturday, 4 April 2015

DAPUR: Daging Goreng Kunyit

Assalamualaikum w.b.t.
Bismillahirrahmanirrahim.

Sudahkah kita berselawat buat junjungan besar nabi kesayangan kita?
Nabi Muhammad s.a.w

Jom luangkan sedikit masa untuk berselawat kepada baginda.

Allahuma salli´alla saidina Muhammad wa´alla allihi wasahbihi wassallim (10x)

Alhamdulillah. Semoga kita berjaya beroleh syafaat baginda di akhirat kelak.
InsyaAllah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


DAGING GORENG KUNYIT

Bahan-bahan

Daging- dihiris nipis

serbuk kunyit

*bawang putih
*bawang besar
*dimesin

Halia & bawang putih- dihiris halus untuk menumis

Sayuran - kacang panjang/buncis, carrot

Cili merah

Bahan perasa - sos tiram, garam, gula


Cara Memasak

1. Perapkan daging yang telah dihiris nipis dengan bawang putih + bawang besar yang telah dimesin, serbuk kunyit serta garam.

2. Panaskan minyak - tumiskan bahan putih + halia yang dihiris halus.

3. Masukkan daging. Biarkan air daging keluar sehingga kering. Dan masukkan sedikit air.

4. Masukan sayuran dan bahan perasa. Suaikan rasa.

Siaaappp!!!


Simple dimple. Sedapppp!!
InshaaALLAH.


Wednesday, 26 November 2014

DAPUR : PUDING PIE COKLAT

Assalamualaikum w.b.t.
Bismillahirrahmanirrahim.

Sudahkah kita berselawat buat junjungan besar nabi kesayangan kita?
Nabi Muhammad s.a.w

Jom luangkan sedikit masa untuk berselawat kepada baginda.

Allahuma salli´alla saidina Muhammad wa´alla allihi wasahbihi wassallim (10x)

Alhamdulillah. Semoga kita berjaya beroleh syafaat baginda di akhirat kelak.
InsyaAllah.

Oh ya.. apa ye resepi yang nak dikongsi hari ni?


Let´s check it out..


PUDING PIE COKLAT

lapisan bawah
100gm butter dicairkan
15-20 keping biskut coklat/oreo

#kalau guna oreo ambil biskut sahaja.
~ campurkan kedua2 bahan.
~masukkan ke dalam bekas dan ratakan di dasar sambil di mampatkan.
~bakar seketika (10-15 minit) pada suhu 180°C

lapisan atas (coklat)
2 biji kuning telur
1 cawan susu segar/cair
1/4 cawan gula
1/2 cawan tepung jagung
1 1/2 bar coklat hitam/masakan

~masukkan telur, susu, gula dan tepung jagung. Kacau sebati.
~masukkan coklat dan di masak di atas api sehingga pekat.
*sentiasa kacau.
~setelah pekat. Letakkan ke atas lapisan atas. Dan tekapkan plastik di atas agar lapisan coklat kekal cantik
~bekukan di dalam peti selama 3 jam sebelum di makan.

Selamat mencuba.



Wednesday, 12 November 2014

DAPUR: Sambal Sotong Sumbat & Sayur Bunga Kubis

Bismillahirrahmanirrahim...

Nak resepi tak? Hihi.
Meh nak share resepi simple dimple ye?

SAMBAL SOTONG SUMBAT
Bahan-bahan untuk sumbat
kentang - direbus
telur
bawang merah + putih
garam
carrot
lada putih/hitam

*tumiskan bawang - masukkan garam + pecahkan telur +carrot - kacau untuk dijadikan telur hancur.
*satukan telur hancur dan kentang yang telah direbus dan dilenyekkan. Kemudian dimasukkan/sumbat ke dalam sotong. Biar sotong nampak montok2 gitu. Hihi.



Bahan-bahan untuk sambal
bawang merah + putih
air asam jawa
cili kering/pes cili
garam + gula

*tumiskan bawang + pes cili sehingga wangi.
*masukkan air asam jawa + garam + gula.
* masukkan sotong sumbat.
*biarkan mendidih sehingga sotong masak.
*siap untuk dihidangkan.

Disebabkan ada lebihan telur hancur. So aku pun masak sayur kubis bunga. Kita campak-campak jer.


SAYUR KUBIS BUNGA
kubis bunga
cili merah
carrot - potong mancis
bawang putih - untuk menumis
garam

*tumiskan bawang putih sehingga wangi. Masukkan air. Biarkan air mendidih.
*masukkan lebihan telur hancur + carrot. Biarkan seketika agar carrot masak.
*masukkan kubis bunga + cili merah. Perasakan dengan garam.
Siaaapppp...


Simple dimple.
Hihi.


Wednesday, 29 October 2014

DAPUR : AYAM GORENG BEREMPAH

Bismillahirrahmanirrahim..

Meh luangkan sedikit masa untuk berselawat kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w

Allahumma solli´alla saidina Muhammad wa'alla allihi wasahbihi wassalim (3x)

Alhamdulillah. Semoga kita mendapat syafaat nabi di akhirat kelak. Aamiin.

AYAM GORENG BEREMPAH
bawang putih
Halia
Serai

*dikisar/tumbuk

Garam
Serbuk kari
Serbuk cili
Ayam

*gaulkan kesemua bahan dan perapkan seketika

*panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan.

Tadaaaa...
Simple dimple..

Thursday, 2 October 2014

DAPUR : AYAM GORENG BAWANG

Bismillahirrahmanirrahim..

Meh luangkan sedikit masa untuk berselawat kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w

Allahumma solli´alla saidina Muhammad wa'alla allihi wasahbihi wassalim (3x)

Alhamdulillah. Semoga kita mendapat syafaat nabi di akhirat kelak. Aamiin.

AYAM GORENG BAWANG
Ayam
Garam
Kunyit
Bawang besar - dipotong bulat

#perapkan ayam dengan garam + kunyit seketika.
#panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan.
#masukkan bawang besar dan biarkan layu sedikit.
#angkat dan hidangkan.

Tadaaaa...
Simple dimple..

Saturday, 13 September 2014

DAPUR : AYAM MASAK MERAH

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk menjalani kehidupan di muka bumi sementara ini.

Jom kita luangkan sedikit masa untuk berselawat kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w

Allahumma salli´alla saidina Muhammad wa´alla allihi wasahbihi wassalim (3x)

Alhamdulillah. Semoga kita beroleh syafaat baginda di akhirat kelak.
Aamiin.

AYAM MASAK MERAH

Ayam
Serbuk kurma
Sos tomato
Sos cili
Garam

BAHAN-BAHAN KISAR
Cili kering
Bawang putih + besar
Halia

#kisarkan kesemua bahan hingga halus

BAHAN-BAHAN TUMIS
Kulit kayu manis
Bunga lawang

#panaskan minyak. goreng ayam sekejap. Kemudian toskan.
#guna lebihan minyak goreng ayam tersebut. Masukkan bahan2 tumis - sehingga bau wangi.
#masukkan bahan2 kisar - masak sehingga wangi.
#masukkan rempah kurma - biarkan rempah masak dahulu
#masukkan sos tomato + cili. Kacau rata.
#masukkan ayam. Biarkan sebati dengan kuah. Perasakan dengan garam.

Siapp..

Berbagai Hal Telah Berlaku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dah lama rasanya saya tak update blog ni. Dalam masa tersebut, pelbagai hal telah berlaku. Dengan pandem...