Showing posts with label minat. Show all posts
Showing posts with label minat. Show all posts

Wednesday, 12 November 2014

DAPUR: Sambal Sotong Sumbat & Sayur Bunga Kubis

Bismillahirrahmanirrahim...

Nak resepi tak? Hihi.
Meh nak share resepi simple dimple ye?

SAMBAL SOTONG SUMBAT
Bahan-bahan untuk sumbat
kentang - direbus
telur
bawang merah + putih
garam
carrot
lada putih/hitam

*tumiskan bawang - masukkan garam + pecahkan telur +carrot - kacau untuk dijadikan telur hancur.
*satukan telur hancur dan kentang yang telah direbus dan dilenyekkan. Kemudian dimasukkan/sumbat ke dalam sotong. Biar sotong nampak montok2 gitu. Hihi.



Bahan-bahan untuk sambal
bawang merah + putih
air asam jawa
cili kering/pes cili
garam + gula

*tumiskan bawang + pes cili sehingga wangi.
*masukkan air asam jawa + garam + gula.
* masukkan sotong sumbat.
*biarkan mendidih sehingga sotong masak.
*siap untuk dihidangkan.

Disebabkan ada lebihan telur hancur. So aku pun masak sayur kubis bunga. Kita campak-campak jer.


SAYUR KUBIS BUNGA
kubis bunga
cili merah
carrot - potong mancis
bawang putih - untuk menumis
garam

*tumiskan bawang putih sehingga wangi. Masukkan air. Biarkan air mendidih.
*masukkan lebihan telur hancur + carrot. Biarkan seketika agar carrot masak.
*masukkan kubis bunga + cili merah. Perasakan dengan garam.
Siaaapppp...


Simple dimple.
Hihi.


Saturday, 13 September 2014

DAPUR : AYAM MASAK MERAH

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk menjalani kehidupan di muka bumi sementara ini.

Jom kita luangkan sedikit masa untuk berselawat kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w

Allahumma salli´alla saidina Muhammad wa´alla allihi wasahbihi wassalim (3x)

Alhamdulillah. Semoga kita beroleh syafaat baginda di akhirat kelak.
Aamiin.

AYAM MASAK MERAH

Ayam
Serbuk kurma
Sos tomato
Sos cili
Garam

BAHAN-BAHAN KISAR
Cili kering
Bawang putih + besar
Halia

#kisarkan kesemua bahan hingga halus

BAHAN-BAHAN TUMIS
Kulit kayu manis
Bunga lawang

#panaskan minyak. goreng ayam sekejap. Kemudian toskan.
#guna lebihan minyak goreng ayam tersebut. Masukkan bahan2 tumis - sehingga bau wangi.
#masukkan bahan2 kisar - masak sehingga wangi.
#masukkan rempah kurma - biarkan rempah masak dahulu
#masukkan sos tomato + cili. Kacau rata.
#masukkan ayam. Biarkan sebati dengan kuah. Perasakan dengan garam.

Siapp..

Berbagai Hal Telah Berlaku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dah lama rasanya saya tak update blog ni. Dalam masa tersebut, pelbagai hal telah berlaku. Dengan pandem...